BTC USD 67,064.4 Gold USD 2,330.88
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Warga asing tak bayar bil hospital kerajaan RM40 juta

akudotcom

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
51,130
Joined
Jun 17, 2007
Messages
51,130
Reaction score
6,249
Points
881
Awards
1
Warga asing tak bayar bil hospital kerajaan RM40 juta

Kementerian Kesihatan sedang mengkaji semula prosedur penyediaan deposit dan jaminan bank, kadar caj dan kaedah kutipan bagi warga asing yang mendapatkan rawatan di fasilitinya. - Foto hiasan BERNAMA

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) sedang meneliti semula prosedur penetapan deposit dan jaminan bank dari segi kadar dan tatacara kutipan agar jumlahnya mencukupi untuk membiayai kos perubatan warga asing yang mendapatkan rawatan di fasilitinya.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Lukanisman Awang Sauni memberitahu Dewan Negara bahawa hingga Februari tahun ini, sejumlah 823 syarikat telah menandatangani perjanjian jaminan bank dengan kementerian bagi kemudahan perubatan pekerja asing mereka.

"Melalui perjanjian-perjanjian ini, syarikat-syarikat swasta dikehendaki membayar jaminan bank berdasarkan bilangan pekerja.

"Contohnya, sebuah syarikat swasta perlu menyediakan jaminan bank sebanyak RM2,500 jika mempunyai 200 pekerja.

"Jika bil perubatan tidak diselesaikan dalam tempoh ditetapkan, potongan daripada jaminan bank akan dibuat untuk menampung pembayaran tertunggak," katanya menjawab soalan daripada Senator Datuk Ahmad Ibrahim.

Ahmad bertanya adakah Kementerian akan memperketatkan dan memperkenalkan prosedur-prosedur baharu terhadap pesakit warga asing yang menerima rawatan di klinik dan hospital Kerajaan dengan syarat jaminan bayaran dan bayaran deposit 50 peratus sebelum menerima rawatan.

Lukanisman berkata Kementerian Kesihatan (KKM) telah menetapkan agar bayaran deposit perlu dikutip daripada pesakit warga asing bagi setiap kemasukan di hospital selaras dengan peruntukan Perenggan 14, Perintah Fi (Perubatan) (Kos Perkhidmatan) 2014.

Surat Pekeliling Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia Bilangan 2 Tahun 2019: Garis Panduan Pelaksanaan Perintah Fi (Perubatan) (Kos Perkhidmatan) 2014 juga telah menetapkan kadar deposit mengikut kelas wad dan jenis perkhidmatan perubatan.

Sebagai contoh, kadar deposit bagi prosedur perubatan di wad kelas tiga akan dikenakan caj deposit sebanyak RM1,400 manakala bagi kelas satu adalah sebanyak RM7,000.

Lukanisman menambah bahawa sejumlah 72,078 warga asing menerima rawatan di fasiliti kesihatan kerajaan tahun lalu, dan sejumlah RM257 juta bayaran dikutip.

Beliau berkata jumlah keseluruhan bil perubatan yang tidak dibayar oleh warga asing di negara ini sehingga tahun lalu adalah RM40 juta.

"Terdapat laporan berita yang mendakwa kerajaan tidak dapat mengutip RM100 juta dalam bil perubatan tertunggak.

"Saya ingin menjelaskan bahawa ini tidak benar. Walaupun terdapat tunggakan dalam bil perubatan yang tidak dibayar, jumlahnya sebenarnya adalah RM40 juta," katanya, menambah bahawa fasiliti kesihatan di Sabah mencatatkan jumlah tertinggi dalam tunggakan bil perubatan yang tidak dibayar, disebabkan oleh pelbagai faktor.
 
Sponsored Post

Sabah bebas tok jgn org malaya saja.....semua salah malaya senang 🤣

Tapi kalau tanya org2 lama memang bila Madey masuk Sabah, terus Sabah jadi miskin bang hahaha.

Tapi yela x semua la salah depa.

Salah politaik Sabah la yg kasi benar masuk depa ni. Lebih2 UMNO tu hahaha.

Bersepah bendera UMNO dekat kawasan setinggan pendatang2 dulu tu.

Skrg ni kurang dah sejak ada parti Warisan wakakaka.
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register