BTC USD 64,059.0 Gold USD 2,371.43
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Warga asing serbu, monopoli agihan daging korban

Yallah

Super Active Member
gem
Messages
6,714
Joined
Jun 21, 2021
Messages
6,714
Reaction score
923
Points
121

Warga asing serbu, monopoli agihan daging korban​

2694118.jpg

Tangkap layar video tular menunjukkan warga asing dan penduduk setempat beratur di sebuah surau di bandar raya Johor Bahru untuk mengambil daging korban.

ZULHISHAM ISAHAK
19 JUN 2024 11:36 AM

JOHOR BAHRU - Warga asing didakwa menyerbu lokasi pengagihan daging korban sekitar bandar raya ini hingga menyebabkan umat Islam tempatan yang layak gagal mendapatkannya.

Presiden Persatuan Pemuda Puteri Malaysia (Perimau), Mohd Ridhwan, 45, berkata, mereka datang secara berkumpulan dan membawa pulang sehingga 10 kilogram daging walaupun tinggal serumah.

"Mereka juga didapati menyebarkan maklumat pengagihan daging korban kepada rakan termasuk dari luar kawasan supaya tidak ketinggalan bagi mendapatkannya.

"Perkara ini berlaku kerana kelemahan sistem pengagihan daging korban, sepatutnya pengurusan mewujudkan sistem berkupon," katanya kepada pemberita ketika ditemui.

Tular sebelum ini foto warga asing beratur bersama-sama penduduk tempatan untuk mendapatkan daging korban yang didakwa berlaku di surau dan masjid sekitar bandar raya ini.

Ridhwan berkata, kaedah tersebut bagi memastikan pengagihan lebih adil dan tiada golongan yang kurang berkemampuan ketinggalan.

Menurutnya, kadang-kadang pengagihan tidak disampaikan kepada golongan kurang berkemampuan atau fakir miskin sebaliknya mereka yang tidak layak mendapatnya.

"Bagi mengurangkan risiko daging korban disalah agih, pihak penganjur disaran mengamalkan sistem agihan korban yang telus, sistematik dan dapat mencapai matlamat secara amanah dan adil selaras kehendak syariah," katanya.

Seorang lagi warga bandar raya ini, Nordin Ayub, 42, berkata, ramai lagi penduduk dalam kawasan bandar raya ini yang memerlukan dalam keadaan kos sara hidup semakin meningkat.

"Sekarang ni orang yang duduk bandar macam saya, nak beli ayam atau daging pun berkira-kira kerana sudah mahal, kena tunggu awal bulan bila dapat gaji baru merasa, itupun kena tengok bajet bulan itu macam mana," katanya.
 
Sponsored Post

skg utk agihan daging karbon secara adil, banyak surau/masjid guno sistem kupon yg di agih kpd penduduk kariah sblm hari rayo haji

den sendiri sbg wakil lorong perumahan akan amik berpuluh2 kupon dpd ajk surau & agihkan ke posbox rumah jiran2 selorong

dgn sistem ni org tempatan dapek amik dgg karbon tanpa berebut dgn warga asing
 
ya.. tuk warga asing memang ada klu daging ada lebihan.. tak de masalah pon

ezy korban pon korban tuk org luar negara..tak de isu pon warga tempatan dpt ke tak
 
yg dah ambik tu halalkan lah, len kali pakai system kupon

Pelik gak kat sana xguna sistem kupon

Kat lembah klang ni dh lebih 20thn guna kupon

Baru la xde org yg sama je ulang2 amik

Pastu 1 keluarga 1 kupon
 
skg utk agihan daging karbon secara adil, banyak surau/masjid guno sistem kupon yg di agih kpd penduduk kariah sblm hari rayo haji

den sendiri sbg wakil lorong perumahan akan amik berpuluh2 kupon dpd ajk surau & agihkan ke posbox rumah jiran2 selorong

dgn sistem ni org tempatan dapek amik dgg karbon tanpa berebut dgn warga asing
ye, siap bubuh nama kt kupon senang nk tau sape yg da amek. biasa la mcm² isu timbul kalo x dpt daging ni...
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register