izack1981
Legendary Member

- Messages
- 10,380
Paid Membership
- Joined
- Feb 15, 2007
- Messages
- 10,380
- Reaction score
- 61
- Points
- 120
KUALA LUMPUR 12 Nov. - Warga asing dikenal pasti sebagai golongan yang paling ramai gemar mem- buang sampah di merata-rata tempat di ibu negara.
Statistik terbaru Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menunjukkan, 80 peratus pesalah yang dikesan oleh DBKL membuang sampah sesuka hati adalah dari kalangan golongan tersebut.
Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Ab. Hakim Borhan berkata, statistik itu dikumpulkan menerusi kempen Anti Sampah dari 3 November hingga Selasa lalu.
Menurutnya, sehingga Selasa lalu, sebanyak 1,814 kompaun telah dikeluarkan dan daripada jumlah tersebut, sebanyak 1,451 tindakan dikenakan terhadap warga asing.
"DBKL percaya punca kepada masalah itu adalah kerana warga asing kurang mempunyai kesedaran sivik dalam menjaga kebersihan di tempat awam," katanya kepada pemberita selepas menghadiri perbarisan tamat latihan Kursus Asas Penguat kuasa DBKL Skuad ke-14 di Astaka Taman Tasik Titiwangsa di sini hari ini.
Ab. Hakim menambah, sepanjang kempen itu, pihaknya berjaya mengutip sebanyak RM28,103 hasil daripada kompaun serta-merta yang dikeluarkan kepada pesalah manakala sebanyak RM1,220 hasil lagi dalam bentuk kompaun biasa.
Kompaun serta-merta bermakna, pesalah dikehendaki membayar terus kompaun berjumlah RM30 kepada pegawai DBKL semasa ditangkap melakukan kesalahan membuang sampah.
Beliau berkata, kempen tersebut diadakan bagi mendidik warga kota agar menjaga kebersihan di tempat-tempat awam.
Tambahnya, kempen tersebut akan diteruskan sehingga awal bulan hadapan melibatkan lokasi utama di sekitar bandar raya seperti Jalan Tun Sambanthan, Jalan Tan Cheng Lock, Jalan Petaling dan Jalan Pudu.
Ujarnya, ia juga melibatkan kerjasama daripada pelbagai jabatan DBKL.
Antara jabatan yang terlibat ialah Jabatan Keselamatan dan Penguatkuasaan, Jabatan Undang-undang, Jabatan Seni Taman dan Kawalan Pembersihan Bandar, Jabatan Kesihatan dan Jabatan Pelesenan.
"Kempen ini bukan sahaja diadakan untuk mengesan warga kota yang gemar membuang sampah merata-rata, malah ia turut melibatkan premis-premis makanan yang kotor serta kegagalan pengguna menggunakan jejantas dan terowong pejalan kaki yang disediakan.
"Kempen ini akan dijalankan secara bersepadu dan akan lebih tertumpu pada hari-hari cuti," jelasnya.