BTC USD 86,430.1 Gold USD 3,040.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Warga Asing Pakai Maserati, Rupanya Hasil Jual Dadah Di Malaysia

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
66,411
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
66,411
Reaction score
7,309
Points
916
Awards
1
30.01.2025 - Anggota polis telah membuat dua siri serbuan di sekitar Johor Bahru dan telah menahan empat warga asing termasuk dua wanita sehingga pada 22 Januari lalu. Memetik laporan Kosmo, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, tangkapan dua lelaki dan seorang wanita Singapura serta wanita Thailand berusia 30 hingga 40 tahun itu susulan tangkapan ke atas seorang lelaki tempatan disyaki pengedar dadah. Serbuan pertama dilakukan susulan siasatan kes rompakan bersenjata yang dilakukan suspek tempatan berusia 36 tahun ke atas sebuah kedai snuker di Stulang Laut di sini 17 Januari lalu.

“Dalam kejadian rompakan itu, suspek menggunakan pisau lipat dan melarikan wang tunai RM1,060 daripada juruwang bertugas. Hasil siasatan, polis menangkap suspek di tepi Jalan Dato’ Abdullah Tahir di sini dan merampas beberapa barangan termasuk motosikal Yamaha LC, telefon bimbit dan beg berwarna hitam. Pemeriksaan lanjut membawa kepada penemuan dadah heroin dan syabu seberat tiga kilogram (kg) yang dibawa suspek. Suspek mengaku menjadi ahli sindiket dadah yang didalangi warga asing terbabit,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan di sini, hari ini.


Tangkapan Warga Asing Di Pangsapuri Mewah

Tambahnya lagi, polis seterusnya melakukan serbuan ke atas sebuah pangsapuri mewah di sini dan menahan keempat-empat warga asing tersebut. Semasa serbuan itu dibuat, polis merampas pelbagai jenis dadah termasuk 2.27kg heroin, ganja (1.06kg), ketamin (590.66 gram), serbuk ekstasi (174 gram), syabu (6.3 gram), pil eramin 5 (1.3 gram dan 13.67 liter cecair dadah bernilai RM97,707.86. Difahamkan sindiket itu yang sudah beroperasi sejak Disember lalu. Pangsapuri mewah dijadikan tempat memproses dadah termasuk membancuh cecair rokok elektronik atau vape perisa dadah. Antara barangan yang dirampas; kereta Maserati Granturismo, Proton Satria, motosikal Honda CBR 150, mata wang Dolar Singapura dan Ringgit Malaysia. Nilai keseluruhan rampasan dadah dan sitaan RM524,227.86.

Memetik laporan itu lagi, hasil ujian saringan air kencing mendapati kelima-lima suspek positif dadah. Sementara semakan lanjut mendapati lelaki tempatan dan seorang lelaki Singapura mempunyai rekod jenayah. Kesemua suspek direman selama tujuh hari sehingga 29 Januari ini untuk membantu siasatan termasuk di bawah Seksyen 39B, Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 serta Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.​

1738257650478.png
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Back
Top
Log in Register