Md Hanif
Fun Poster
- Messages
- 693
- Joined
- Jun 13, 2023
- Messages
- 693
- Reaction score
- 48
- Points
- 25
JAKARTA, 23 Okt (Bernama-Xinhua) -- Polis di Jakarta, Indonesia menahan seorang warga asing kerana didakwa menyeludup lebih empat kilogram dadah jenis methamphetamine, lapor Xinhua.
Suspek, seorang warga Iran berusia 43 tahun, ditahan dengan 4.4 kg dadah yang disembunyikan di dalam dua barangan seramik di sebuah hotel di kawasan Penjaringan, utara Jakarta pada petang Selasa.
Ketua Penyiasatan Narkotik Polis Jakarta, Donald Parlaungan Simanjuntak berkata pada Rabu penyiasat menerima maklumat awal mengenai dadah yang diseludup di dalam seramik yang dihantar dari Dubai, Emiriah Arab Bersatu, ke Jakarta. Pegawai kemudian menjejaki penerima bungkusan itu, yang membawa kepada penahanan suspek.
Warga Asing Ditahan Seludup Dadah Di Indonesia
Indonesia, seramik, methamphetamine, penyeludupan
www.bernama.com