BTC USD 39,069.7 Gold USD 1,822.40
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Warga asing dipenjara 6 tahun rogol gadis bawah umur

hiduprakyat

Active+ Member
Joined
Dec 6, 2010
Messages
4,497
Reaction score
323
Points
51

TAWAU: Seorang lelaki warga asing dijatuhi hukuman penjara enam tahun dan empat sebatan oleh Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini, selepas mengaku bersalah merogol remaja bawah umur berusia 14 tahun, 26 Mei lalu.

Hakim Awang Kerisnada Awang Mahmud, menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh, Edieka Mulyadi, 20, selepas mengaku salah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 375 (g) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 376 (1) akta yang sama.

Mengikut kertas pertuduhan, Edieka yang tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri berasal dari Indonesia itu, didakwa merogol gadis berkenaan di dalam sebuah bilik rumah kayu tidak bernombor di kebun kelapa sawit, Sin Onn, dekat sini, jam 8.30 malam, pada 26 Mei lalu.

Pendakwaan yang dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Kershanathan Pathmanathan memohon mahkamah menjatuhkan hukuman berat sebagai pengajaran kepada tertuduh kerana membabitkan mangsa bawah umur.

Bagaimanapun tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon hukuman diringankan dengan alasan menjaga ibu bapa yang sudah tua.

Mahkamah kemudiannya turut memerintahkan tertuduh dihukum penjara lima bulan dan tiga sebatan atas kesalahan mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana memasuki negara ini tanpa sebarang dokumen perjalanan atau pengenalan diri yang sah.

Kedua-dua hukuman berkuat kuasa dari tarikh sabitan dan berjalan secara berasingan.

Berdasarkan fakta kes, satu laporan polis dibuat ibu mangsa kira-kira 12.16 tengah malam pada 28 Mei lalu, apabila dimaklumkan oleh doktor yang memeriksa remaja berkenaan mendapati terdapat koyakan pada bahagian kemaluan (selaput dara) selepas mangsa mengaku melakukan hubungan seks dengan tertuduh yang juga teman lelakinya di kebun kelapa sawit.

Susulan laporan itu, sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau, menahan suspek kira-kira 12.20 tengah malam, hari yang sama.

08kabo_1623135951.jpg



== berita harian
 
Sponsored Post

faeyzul

Active Member
Joined
Feb 2, 2010
Messages
2,393
Reaction score
137
Points
43
adeh, suka sama suka ni..
 

maxpda

Super Active Member
Joined
Jan 15, 2007
Messages
7,768
Reaction score
301
Points
91
Suka sama suka.. Tapi bawah umor.. Kena la charge rogol... Maknaya ibu bapanya mmg xsuka la tu... Selalu orang kahwinkan je..
Bagus jugak, dah la xde dokumen..
 

mrvx

Legendary Member
Joined
Feb 20, 2009
Messages
11,350
Reaction score
767
Points
171
warga asing 6 tahun, kalau melayu 30 tahun.. knp mcm tu #CCM mek
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
305,227
Reaction score
13,750
Points
2,376

TAWAU: Seorang lelaki warga asing dijatuhi hukuman penjara enam tahun dan empat sebatan oleh Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini, selepas mengaku bersalah merogol remaja bawah umur berusia 14 tahun, 26 Mei lalu.

Hakim Awang Kerisnada Awang Mahmud, menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh, Edieka Mulyadi, 20, selepas mengaku salah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 375 (g) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 376 (1) akta yang sama.

Mengikut kertas pertuduhan, Edieka yang tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri berasal dari Indonesia itu, didakwa merogol gadis berkenaan di dalam sebuah bilik rumah kayu tidak bernombor di kebun kelapa sawit, Sin Onn, dekat sini, jam 8.30 malam, pada 26 Mei lalu.

Pendakwaan yang dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Kershanathan Pathmanathan memohon mahkamah menjatuhkan hukuman berat sebagai pengajaran kepada tertuduh kerana membabitkan mangsa bawah umur.

Bagaimanapun tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon hukuman diringankan dengan alasan menjaga ibu bapa yang sudah tua.

Mahkamah kemudiannya turut memerintahkan tertuduh dihukum penjara lima bulan dan tiga sebatan atas kesalahan mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana memasuki negara ini tanpa sebarang dokumen perjalanan atau pengenalan diri yang sah.

Kedua-dua hukuman berkuat kuasa dari tarikh sabitan dan berjalan secara berasingan.

Berdasarkan fakta kes, satu laporan polis dibuat ibu mangsa kira-kira 12.16 tengah malam pada 28 Mei lalu, apabila dimaklumkan oleh doktor yang memeriksa remaja berkenaan mendapati terdapat koyakan pada bahagian kemaluan (selaput dara) selepas mangsa mengaku melakukan hubungan seks dengan tertuduh yang juga teman lelakinya di kebun kelapa sawit.

Susulan laporan itu, sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau, menahan suspek kira-kira 12.20 tengah malam, hari yang sama.

08kabo_1623135951.jpg



== berita harian

Senang ayat budak² sekolah ni
Merasa sedap kejap Indon tu
Tapi tak kena sebat lak
 

lau_kau

Legendary Member
Top Poster #3
Joined
Aug 2, 2007
Messages
13,143
Reaction score
1,957
Points
201
Kt tawau semua dh nmpk serupa
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register