BTC USD 96,233.0 Gold USD 2,899.27
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Warga Asing Di Reman, Rempuh Mati Penunggang Motosikal Di Lampu Isyarat

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
65,206
Top Poster #4
Joined
Nov 23, 2012
Messages
65,206
Reaction score
7,159
Points
916
Awards
1
04.01.2025 - Seorang lelaki warga Pakistan yang merempuh mati penunggang motosikal dekat lampu isyarat Jalan Azalea 1/1 Sungai Choh, Serendah di sini kelmarin, direman selama empat hari. Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Ahmad Faizal Tahrim, berkata pemandu kereta Proton Wira berusia 50 tahun itu ditahan bagi membolehkan siasatan lanjut diteruskan.

“Dia direman selama empat hari bermula semalam,” katanya ringkas ketika dihubungi, hari ini.

Pada masa sama, Ahmad Faizal memaklumkan, lelaki warga asing itu mempunyai lesen memandu dan dalam perjalanan pulang ke Bukit Rawang Jaya selepas bertemu dengan rakannya di kilang Perodua. Terdahulu, seorang penunggang motosikal berusia 48 tahun yang meneruskan perjalanan selepas lampu isyarat bertukar hijau tercampak ke tepi jalan selepas dirempuh kereta. Insiden itu dirakam kamera papan pemuka kenderaan atau dashcam sebuah kenderaan yang mengekori mangsa dari belakang. Ahmad Faizal berkata, dalam kejadian jam 6 petang itu lelaki terbabit yang sepatutnya dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Bukit Sentosa dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu. Katanya, mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan manakala pemandu kereta tidak mengalami kecederaan.

“Ketika ini, punca kematian penunggang motosikal itu masih dalam siasatan. Kedua-dua kenderaan ditahan untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
1735965267881.png
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Back
Top
Log in Register