akudotcom
CG Hardcore Club
- Messages
- 54,720
Top Poster #2
- Joined
- Jun 17, 2007
- Messages
- 54,720
- Reaction score
- 6,482
- Points
- 881
- Awards
- 1
Warga asing cuba samun kedai aiskrim diberkas
Lelaki berusia 39 tahun itu ditahan kira-kira 4.15 petang tadi di sebuah pangsapuri di Puncak Alam, menurut polis.
FMT Reporters16 Aug 2024, 11:45 PM
Warga asing cuba samun kedai aiskri
Terdahulu, tular rakaman CCTV menunjukkan kejadian seorang pekerja kedai aiskrim dicederakan dengan pisau pemotong kertas dalam satu cubaan samun Isnin lepas.
PETALING JAYA:
Polis hari ini menahan seorang warga asing dipercayai terlibat dalam kes samun di sebuah kedai aiskrim di Taman Sri Muda, Shah Alam, awal minggu ini.
Lelaki berusia 39 tahun itu ditahan kira-kira 4.15 petang tadi di sebuah pangsapuri di Puncak Alam, menurut Ketua Polis Shah Alam Mohd Iqbal Ibrahim.
Polis turut merampas senjata dan pakaian yang dipercayai digunakan semasa melakukan jenayah tersebut, tambahnya.
Suspek akan direman di Mahkamah Shah Alam pagi esok,
katanya, lapor Bernama.
Polis percaya telah berjaya menyelesaikan kes samun tersebut dengan tertangkapnya suspek.
Kes disiasat bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara maksimum 20 tahun dan denda, atau sebat, jika sabit kesalahan.
Terdahulu, tular rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan kejadian seorang pekerja kedai aiskrim dicederakan dengan pisau pemotong kertas dalam satu cubaan samun.
Dalam kejadian dipercayai berlaku kira-kira 11.30 pagi Isnin lepas, wanita berusia 21 tahun itu mengalami tiga kesan torehan pada bahagian badan.
Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram