Warga asing beli rumah RM500,000

CG Sponsors




alisha_qistina

Super Active Member
Joined
Jun 27, 2008
Messages
6,410
Reaction score
256
Points
81
KUALA LUMPUR: Berkuat kuasa 1 Januari lalu, kerajaan menetapkan warga asing hanya boleh membeli unit kediaman berharga RM500,000 ke atas, berbanding had minimum RM250,000 sebelum ini.

Unit Perancang Ekonomi (UPE) di Jabatan Perdana Menteri dalam kenyataannya semalam berkata, keputusan untuk menaikkan nilai had minimum itu adalah sebahagian inisiatif bagi menggalakkan pertumbuhan sektor hartanah terutama membabitkan kediaman bertaraf tinggi dan eksklusif.

Selain itu, ia juga dijangka dapat melonjakkan kemasukan pelaburan langsung asing (FDI) di dalam pasaran hartanah serta menggalakkan lebih ramai pelabur asing yang berkualiti.

“Langkah ini juga bertujuan untuk memberi lebih banyak peluang kepada rakyat tempatan memiliki hartanah berharga di bawah RM500,000,” katanya.

Menurut UPE, perolehan unit kediaman ini adalah di bawah bidang kuasa pihak berkuasa negeri dan tidak memerlukan kelulusan daripadanya.

Pada 30 Jun tahun lalu, UPE memperkenalkan Garis Panduan Perolehan Hartanah untuk menggantikan Garis Panduan Jawatankuasa Pelaburan Asing (FIC) yang dibatalkan selaras dengan keputusan untuk memansuhkan FIC.

Satu perkara yang terkandung di dalam garis panduan itu (Jun 2009) ialah penetapan harga minimum RM250,000 oleh warga asing ke atas.

Mengulas kenaikan had minimum pemilikan asing kepada RM500,000 itu, Presiden Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (Rehda), Datuk Ng Seing Liong, berkata walaupun matlamatnya adalah untuk menggalakkan kemasukan lebih ramai pelabur asing berkualiti, jumlah hartanah berharga sedemikian terutama di luar Lembah Klang tidak banyak.

Katanya, buat masa ini, langkah itu dilihat tidak membantu kemasukan lebih banyak FDI ke negeri lain selain Selangor dan Kuala Lumpur.

“Jika melihat kepada harga hartanah semasa, jumlah hartanah yang berharga RM500,000 ke atas tidak banyak ditawarkan di pasaran.

“Malah, ia juga tidak membantu pemilikan asing di kawasan pinggir Lembah Klang seperti Klang dan Kajang yang tidak banyak menawarkan rumah berharga RM500,000 dan ke atas,” katanya.

Justeru, beliau berkata, nilai had minimum perolehan unit kediaman oleh warga asing sebanyak RM250,000 dilihat lebih sesuai dalam persekitaran hartanah semasa.

Bagaimanapun, Ketua Pegawai Eksekutif Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), Mohd Yusof Abdul Rahman, menyifatkan langkah itu sebagai amat wajar bagi memastikan peluang rakyat tempatan memiliki kediaman tidak terjejas.

Beliau berkata, ini berikutan dalam pasaran semasa, harga rumah teres dua tingkat sudah mencecah RM200,000 hingga RM250,000 seunit, terutama di bandar raya seperti Shah Alam, menyebabkan pembeli tempatan terpaksa bersaing dengan pelabur asing yang rata-rata mampu menanggungnya.

“Fomca percaya penetapan nilai had minimum perolehan kepada RM500,000 seunit itu tidak akan membantutkan hasrat warga asing untuk memiliki kediaman di Malaysia, sama ada bagi tujuan pelaburan mahu pun sebagai rumah kedua, sebaliknya ia akan memacu industri perumahan kos mewah negara,” katanya.
 
Sponsored Post

sideskirt

Active+ Member
Joined
Jul 31, 2007
Messages
3,819
Reaction score
16
Points
25
kejap 500, kejap 250 .. apa la gov ni ...

nanti klu rumah dah tak laku sure dia turun balik ke 250 ... :">
 

ceria28

Legendary Member
Joined
Mar 13, 2007
Messages
11,901
Reaction score
109
Points
123
Ini semua gara2 nak naikkan harga rumah. Pendapatan tak seimbang dgn harga brgan keperluan. Ramai lg rakyat yg tak dapat beli umah krn mahal. Jika ada pun umah kecil dan sempit serta tak selesa. mahu sakit jiwa cam ni
 

BasicCX

Super Active Member
Joined
Sep 8, 2008
Messages
6,223
Reaction score
172
Points
73
harga tanah melambung2 tinggi la jawabnya...
 

shila70

Active Member
Joined
Oct 21, 2008
Messages
1,650
Reaction score
0
Points
20
kaya nyer warga asing ni dpt beli rumah mahal gini
 

irsaffy

CG Top Poster Club
Joined
May 13, 2007
Messages
42,957
Reaction score
268
Points
131
org singapore la yg akan take advantage..
 

farinz

Fun Poster
Joined
Jun 17, 2007
Messages
394
Reaction score
0
Points
10
Rumah kalu berharga RM500k mau lah bulan2 bayar dlm lingkungan RM2-3k kot? tapi apa hendak diherankan oleh org asing...

p/s : Kalulah aku mampu miliki rumah itu kan baguih..
 

warheadfx

Active Member
Joined
Jun 6, 2008
Messages
2,274
Reaction score
278
Points
41
memang patut .. lagi tinggi lagi bagus ... macam kat area KLCC .. kondo above RM1million .. middle east, singapore & hong kong investors beli ... mmg tak ramai orang kita yang mampu .. so kita tak berangan sangat nak beli yang tu ..

kalau orang asing boleh lagi dibenarkan beli rumah RM250k, ramailah apek jual sayur kat pasar singapore tu beli rumah kat JB ..sekarang pun ramai orang singapore beli rumah kat JB menyebabkan harga barang JB naik ..

setakat beli RM500K ni, mmg sebenarnya tak membantu pun FDI masuk kat Msia .. kita nak tengok FDI dlm value USD500Million ke atas baru ada kesan .. setakat beli rumah RM500k tak jadi apa-apa ..
 

Ridzuan_AIA

Active+ Member
Joined
Jan 26, 2008
Messages
3,021
Reaction score
241
Points
33
tujuan lain supaya org2 ni byr cukai lebih so gov pun byk la duit lebih :))

pastu rumah2 bumbung rosak, bolehla dia subsidize kan.... :)cgrock
 
Sponsored Post
Top
Log in Register