BTC USD 47,972.9 Gold USD 1,754.37
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Warga AS mula undi, Obama catat kemenangan awal 'bersejarah'

<amir>

Fun Poster
Joined
Oct 30, 2008
Messages
346
Reaction score
1
Points
15
[DIKEMAS KINI, 2.30 petang] WASHINGTION Rakyat Amerika Syarikat (AS) mula melangkah ke pusat pengundian, secara berperingkat-peringkat sebentar tadi (tengah hari waktu Malaysia), dengan Barrack Obama ,calon Demokrat memiliki sokongan jelas untuk memenangi pemilihan bagi menggantikan Presiden George W. Bush, yang tidak popular di dalam dan luar negara AS.

Penduduk di dua bandar negeri New Hampshire secara simbolik memulakan proses pengundian hari ini, membuang undi tengah malam tadi.

Dalam beberap jam lagi lebih 100 juta pengundi akan keluar mengundi di seluruh negara.

Keputusan pertama dijangka diketahui selepas 7 petang (waktu tempatan) dan 7 pagi esok waktu Malaysia.

Siaran CNN menunjukkan pengundi sudah mengundi di Dixville Notch dan Hart's Location.

Obama muncul pemenang di kedua-dua bandar berkenaan, yang secara tradisi membuat pengiraan awal pada hari pilihan raya.

Beliau menewaskan McCain dengan 15-6 di Dixville Notch.

Ini kali pertama Dixville Notch memilih calon Demokrat sejak 1968.

Bandar Hart's Location melaporkan kemenangan 17-10 yang turut memihak kepada Obama dan dua lagi kepada calon liberal, Ron Paul manakala calon Bebas Ralph Nader tidak memperoleh sebarang undi dari kedua-dua bandar berkenaan.

Sokongan di Hart's Location lazimnya memihak kepada calon Republik sejak kembali kepada pengundian awal pada 1996.

Pusat-pusat pengundian, yang pertama akan mula ditutup di beberapa bahagian di Indiana dan Kentucky pada pukul 6 petang waktu tempatan (7 pagi esok waktu Malaysia).

Obama, 47, senator penggal pertama dari Illinois, jika menang akan menjadi Presiden pertama AS daripada kalangan masyarakat kulit hitam.

Pungutan suara umum menunjukkan Obama mengatasi McGain di sejumlah negeri yang mencukupi baginya memperoleh 270 undi kemenangan.

Pegawai-pegawai Obama turut berpuas hati dengan keputusan peringkat awal. Pegawai-pegawai di negeri-negeri yang dijangka menyaksikan saingan sengit seperti Florida, Colorado, New Mexico dan North Carolina, melaporkan bahawa lebih sokongan diperoleh oleh Demokrat berbanding Republikan, dengan di beberapa negeri perbezaan undi adalah lebih besar bernading 2004.

Di Colorado dan North Carolina, bilangan undi yang telah dibuang lebih awal adalah lebih banyak berbanding 2004.

Jika McCain, 72, pula jika menang bermakna beliau akan menjadi Presiden pertama paling tua mengetuai White House manakala gandingannya, Sarah Palin bakal mencatatkan sejarah wanita pertama menjadi Naib Presiden.

Bagaimanapun bakal Presiden AS yang baru berhadapan siri krisis - ekonomi, politik dan dasar luar.

Kira-kira 130 hingga 135 juta rakyat AS dijangka mengundi hari ini - peningkatan seramai 10 juta berbanding 2004 dan 25 juta berbanding lapan tahun lalu.

Bush tidak mempertahankan jawatannya kerana perlembagaan negara itu tidak membolehkan penyandang jawatan mengetuai White House lebih dua penggal atau lapan tahun.

:-?:-?:-?:-?:-?:-?:-??
 
Sponsored Post

caklempong

Active Member
Joined
Oct 29, 2008
Messages
1,964
Reaction score
4
Points
25
teringat satu buku yang dialih bahasa ke bahasa indonesia bertajuk "barrack obama, dari jakarta ke rumah putih" huhu
bangga benar orang indonesia ni dengan barrack obama ni

Ada satu citer yang mengatakan keluarga terdekat obama ada tinggal kat sandakan. tak tau betul ke tak.
 

iswarahijau

Super Active Member
Joined
Dec 12, 2007
Messages
6,060
Reaction score
44
Points
70
hmmm bagi aku sesiapa saja yg jadi presiden us pun tak guna selagi Yahudi menguasai us secara proxy. maka sesiapa yg terpilih pun akan meneruskan agenda zionis dan berlagak polis dunia
 

puyong

Super Active Member
Joined
Jan 29, 2007
Messages
6,474
Reaction score
15
Points
65
aku tak sokong kedua2 pihak..
aku pernah dgr yang dorang akan terus bg sokongan dgn Israel dan terus menyokong pemilikan tanah yang dirampas dari Palestin..
bg aku dorang ni alat mainan yahudi..kalau Obama naik entah mcm mana lak Palestin dan bumi arab yang lain...
apa2 pun trima kasih kerana info yang diberi..:D
 

puyong

Super Active Member
Joined
Jan 29, 2007
Messages
6,474
Reaction score
15
Points
65
hmmm bagi aku sesiapa saja yg jadi presiden us pun tak guna selagi Yahudi menguasai us secara proxy. maka sesiapa yg terpilih pun akan meneruskan agenda zionis dan berlagak polis dunia

btul tu..aku sokong kenyataan ko..:)cgrock
 

anida80

Active+ Member
Joined
May 1, 2008
Messages
2,936
Reaction score
9
Points
25
aku pon sokong...semua spesis yahudi...sama je...
 

shane

Legendary Member
Joined
Nov 7, 2007
Messages
14,046
Reaction score
244
Points
133
aku tak sokong kedua2 pihak..
aku pernah dgr yang dorang akan terus bg sokongan dgn Israel dan terus menyokong pemilikan tanah yang dirampas dari Palestin..
bg aku dorang ni alat mainan yahudi..kalau Obama naik entah mcm mana lak Palestin dan bumi arab yang lain...
apa2 pun trima kasih kerana info yang diberi..:D

Antara 2 kemudharatan, pilih 1 yang kurang mudharat.
Dari segi ni rasa nya Obama yg kurang mendatangkan mudharat.
Hanya pendapat, tunggu & lihat.
 

_freedom_

Fun Poster
Joined
Jul 17, 2008
Messages
347
Reaction score
0
Points
10
hmmm bagi aku sesiapa saja yg jadi presiden us pun tak guna selagi Yahudi menguasai us secara proxy. maka sesiapa yg terpilih pun akan meneruskan agenda zionis dan berlagak polis dunia
Pelobi Yahudi takkan biarkan sesiapa yg jadi Presiden AS tidak mengikut telunjuk mereka
 

sbwmali

Fun Poster
Joined
Jun 25, 2008
Messages
785
Reaction score
1
Points
15
Antara 2 kemudharatan, pilih 1 yang kurang mudharat.
Dari segi ni rasa nya Obama yg kurang mendatangkan mudharat.
Hanya pendapat, tunggu & lihat.

obama pilihan bijak.
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register