Wardina Ajak Guna Produk Halal

CG Sponsors




voda

Active Member
Platinum Member
Joined
Feb 23, 2010
Messages
2,322
Reaction score
83
Points
35


PETALING JAYA: Pengacara Wardina Safiyyah Fadlullah Wilmot mengambil pendekatan untuk berubah dan menyokong produk keluaran Muslim dan halal.

Bukan bermakna kenyataan tersebut sengaja dikeluarkan setelah dia dilantik sebagai duta produk ubat gigi Mu’min.

Namun sebenarnya, dia telah lama memikirkan tentang perkara tersebut lantas sanggup menolak untuk bekerjasama dengan dua buah syarikat bertaraf antarabangsa.

“Saya rasa sudah tiba masanya untuk berubah menggunakan produk Muslim yang halal dan berkualiti. Jadi, tak perlu rasa hebat kerana memakai barangan buatan lain sebaliknya kita perlu rasa hebat kerana menyumbang kepada ekonomi Islam.

“Saya tidak nafikan, sebelum ini saya ada mendapat tawaran daripada sebuah syarikat yang berkait dengan Israel di Amerika Syarikat tetapi akhirnya saya tolak sebab saya rasa sangat bersalah,” katanya kepada mStar Online.

Tambahnya: “Jadi, saya memilih untuk menyokong syarikat yang membangun dari kecil kerana bukan mudah untuk lawan pasaran yang besar dengan modal berjuta-juta ringgit.

“Lagipun bukan mudah untuk memasuki pasaran terbuka yang didominasi oleh kaum Cina. Saya sangat tersentuh dengan cara mereka bangunkan syarikat tersebut. Atas dasar itu, saya ingin sama-sama membantu mereka.”

Dalam masa yang sama, dia berharap agar semua pihak memberikan sokongan kepada ubat gigi Mu’min.

Wardina secara rasminya dilantik sebagai duta produk tersebut pada 30 Oktober lalu. Selain bergelar duta, Wardina turut muncul dalam sebuah iklan komersil di televisyen.
 
Sponsored Post

LoneRanger

Active Member
Joined
Jan 30, 2009
Messages
2,028
Reaction score
13
Points
25
wardina...memang perasan bagus...kat MHI pagi-pagi ketara sgt perasan bagusnya tu.....
 

ah fan

Super Active Member
Joined
Oct 29, 2009
Messages
8,148
Reaction score
28
Points
70
tgok pn tau..lantak la..die xkacau aku sudah..
 

archery

Fun Poster
Joined
Oct 3, 2009
Messages
270
Reaction score
0
Points
10
skurang2nya dia de jgk sumbangn ke arh menaikkan name islam..

yg len 2 kita serah pada YANG ESA
 

LoneRanger

Active Member
Joined
Jan 30, 2009
Messages
2,028
Reaction score
13
Points
25
bagusla dia perasan bagus, sebab dia memang bagus pun...:">
org lain pun lagi bagus dari dia..tapi takde la memandang rendah org lain.Kalau pendapat org yg dia tak setuju memang dia buat muka.Tgk la MHI pagi2 tu
 

zuljaalaa

Legendary Member
Joined
Jun 3, 2006
Messages
11,884
Reaction score
51
Points
125
apa kaitan MHI dengan ubat gigi mukmin? adik beradik terpisah ke?
ape pon aku dah lama guna ubat gigi mukmin ni, sebelum minah ni jadi duta lagi.. dulu gigi aku ada sikit kuning kat tengah, cuci kat doctor gigi pon masih ada.. dulu pakai colgate.. tapi sejak setahun setengah yg lepas aku tukar mukmin, Alhamdullilah gigi aku sentiasa putih.. hehehe

kalau tak puas hati ngan wardina, buka la thread tak puas hati kat dia hahahaha.. tak pon buka fanpage facebook, "saya benci wardina" hahaha atau "wardina perasan bagus" hahaha..
 

easynet

Active Member
Joined
Jan 1, 2006
Messages
1,217
Reaction score
5
Points
25
Setahu akulah..dari sumber yang SAH produk mukmin owner besar dia bukan org islam.

tp pelik dia org declare bumiputra islam.

Perlu disiasat nih
 
Sponsored Post
Top
Log in Register