BTC USD 58,954.7 Gold USD 1,802.24
Time now: Jun 1, 12:00 AM

wanita yang lemah itu sebenarnya.........lebih baik di sisi Allah SWT

underscore

Legendary Member
Joined
Sep 20, 2008
Messages
11,919
Reaction score
4,405
Points
206
Sabda Rasulullah SAW

¡§ Jika seorang isteri telah menunaikan solat lima waktu, berpuasa di
bulan
Ramadhan dan menjaga kehormatannya dan dia taat kepada suaminya, maka
dipersilakanlah dia masuk ke dalam syurga dari pintu mana sahaja yang
ia
kehendaki¡¨

Wanita solehah adalah sebaik-baik perhiasan di muka bumi ini, itulah
gelaran
yang diberikan oleh Allah SWT kepada wanita. Sebelum kedatangan Islam
di
tanah Arab, kaum wanita dipandang serendah-rendah martabat. Mereka
diperlakukan sewenang-wenangnya oleh suami masing-masing. Di dalam hal
kelahiran pula, apabila seorang wanita itu melahirkan anak perempuan,
itulah
sebesar-besar aib yang dirasakan oleh suaminya hinggakan ada yang
sanggup
membunuh anak perempuan yang tidak berdosa itu.
Setelah sinaran Islam disebarkan oleh Rasulullah SAW, martabat kaum
wanita
diangkat setinggi-tingginya dan penghormatan demi penghormatan
diberikan
oleh Allah SWT kepada golongan wanita.
Sesungguhnya wanita itu adalah golongan yang lemah. Memerlukan
perhatian,
belaian dan tunjuk ajar dari seorang lelaki untuk menuntun dan memandu
hidupnya.

¡§Andai manusia itu dibenarkan untuk sujud kepada manusia, nescaya
akan ku
suruh isteri-isteri untuk sujud kepada suaminya.¡¨ Itulah kata-kata
dari
Rasulullah SAW

Tetapi disebalik setiap kelemahan itu pasti ada kekuatannya. Ketika
Rasulullah SAW pulang dari Gua Hira¡¦ selepas menerima wahyu daripada
Allah
melalui malaikat Jibril, baginda meminta isterinya Saidatina Khadijah
untuk
menyelimutkannya. Khadijahlah tempat baginda kembali saat kecemasan dan
ketakutan melandanya setelah menerima wahyu pertama. Kebesaran jiwa
Khadijah
yang sentiasa dikenang oleh baginda dan memberikan tempat yang paling
istimewa dihatinya walaupun setelah baginda menikahi seorang anak dara.
Begitu juga yang diperlakukan oleh baginda Rasulullah SAW yang sering
bergurau dengan Saidatina Aisyah dan isteri-isterinya yang lain..

Begitu juga keadaannya dengan Saidina Umar Al-Khatab. Ketika seorang
lelaki
datang kepadanya untuk mengadu keadaan isterinya yang suka membebel,
beliau
sendiri melihat Saidina Umar Al-Khatab berdiam diri dimarahi isterinya
sendiri. Ketika ditanya, Saidina Umar lantas menjawab bahawa isterinya
telah
banyak berkorban untuknya, membasuhkan pakaiannya, memasak untuknya,
melahirkan anaknya dan menjaga serta mendidik anaknya sedangkan itu
adalah
ehsannya terhadapnya dan bukan kewajipannya. Khalifah kedua tersebut
juga
menunjukkan rasa kasih dan sayang serta mesra terhadap isterinya.
Ini menunjukkan kepada kita satu cara, bahawa para pemimpin dan
pejuang
mukmin sejati menggunakan setiap tenaganya untuk menjalankan
tanggungjawabnya sebagai hamba dan pejuang-pejuang Allah, ketika
tenaganya
habis, disitu memerlukan kembali bekalan tenaga untuknya meneruskan
perjalanan. Dan bekalan tenaga itu dapat diperolehi melalui kelembutan
dan
kemesraan seorang isteri. Kepercayaan seorang isteri, dorongan dan
motivasi
seorang isteri serta kelembutan, kemesraan dan kasih sayangnya terhadap
suaminya memberikan kekuatan kepada sang suami untuk terus berjuang.

Dibelakang seorang lelaki yang berjaya, berdirinya seorang wanita.
Tidak
salah mengatakan kekuatan seorang wanita itu terlindung di sebalik
kelemahannya.

¡§ Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan
keturunan kami sebagai penyejuk hati (kami), dan jadikanlah kami imam
bagi
orang-orang yang bertakwa. Amin¡¨
 
Sponsored Post
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register