Wanita Warga Emas Rugi RM60K Cinta Alam Maya

CG Sponsors




Xploit Machine

Legendary Member
Joined
Nov 23, 2012
Messages
19,332
Reaction score
3,319
Points
236
29.05.2020 - Shah Alam, Seorang wanita warga emas kerugian wang simpanan berjumlah RM60,000 selepas ‘terjerat’ janji manis percintaan alam maya dengan seorang lelaki dipercayai anggota sindiket ‘Parcel Scam’ didalangi warga Nigeria.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Baharudin Mat Taib, berkata mangsa berusia 60 tahun itu membuat laporan polis, Sabtu lalu, selepas menyedari ditipu ‘kekasihnya’ apabila diminta membuat pembayaran dalam jumlah yang besar kepada ejen kurier sebagai wang proses bagi memudahkan melepaskan barangan hadiah yang ditahan pihak berkuasa.

“Mangsa mengenali lelaki itu yang kononnya berada di Switzerland menerusi Facebook dan menjalinkan hubungan cinta sejak dua bulan lepas. Sindiket itu memperdaya wanita tersebut mengatakan mahu menghantar kurier berisi emas dan wang tunai bernilai US$2 juta kepadanya sebagai hadiah.

“Namun, wanita itu diminta membayar ejen kurier bagi ‘melepaskan’ hadiah berkenaan. Selepas membuat beberapa transaksi pembayaran, wanita itu curiga kerana masih tidak menerima ‘hadiah’ yang dijanjikan menyebabkannya membuat laporan polis,” katanya pada sidang media, di sini, hari ini.

Susulan laporan itu, katanya, siasatan dan risikan sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam berjaya menahan lima lelaki warga Nigeria di sekitar Lembah Klang disyaki terbabit dalam sindiket penipuan ‘Parcel Scam’ berkenaan.

Baharudin berkata, kesemua suspek tersebut ditahan untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 6(1)© Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Dalam perkembangan lain, Baharudin berkata sejak Januari hingga Mac lepas, pihaknya menerima 18 laporan mengenai kes penipuan penjualan penutup hidung dan mulut melibatkan kerugian hampir RM800,000.

Katanya, daripada jumlah tersebut, lima kes yang menggunakan modus operandi penipuan penjualan barangan berkenaan menerusi media sosial berjaya diselesaikan melibatkan tangkapan berasingan tiga lelaki dan dua wanita warga tempatan di sekitar Lembah Klang sepanjang tempoh itu.

“Cara penipuan suspek terbabit adalah dengan menjual barangan itu menerusi media sosial dan aplikasi Whatsapp pada harga yang lebih rendah daripada pasaran bagi menarik perhatian mangsa.

“Mereka berjanji akan menghantar barangan tersebut selepas pembeli mengkreditkan wang ke akaun mereka, namun ia sebenarnya tidak dihantar pun menyebabkan mangsa membuat laporan polis,” katanya.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.



Berita asal https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1846036
 
Top
Log in Register