BTC USD 26,892.9 Gold USD 1,977.27
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Wanita warga emas maut kenderaan jatuh sungai di Marang

hiduprakyat

Super Active Member
gem
Messages
8,987
Joined
Dec 6, 2010
Messages
8,987
Reaction score
588
Points
121
Wanita warga emas maut kenderaan jatuh sungai di Marang
FB_IMG_1669887870904.jpg
FB_IMG_1669887875985.jpg
FB_IMG_1669887880577.jpg

MARANG, TERENGGANU- Seorang wanita warga emas m4ut selepas kenderaan pacuan empat roda yang dipandunya terbabas lalu terjatuh dari jambatan ke dalam sungai di Kampung Bukit Perpat, Wakaf Tapai dekat sini, pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Mohd Zain Mat Aris berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu pada 11.19 pagi dan mangsa Zaiton Omar, 64, yang tidak sedarkan diri berjaya dikeluarkan dari kenderaan jenis Toyota Hilux itu oleh orang kampung.

"Mangsa yang memandu seorang diri telah disahkan meninggal dunia oleh Pegawai Perubatan Klinik Pengkalan Berangan yang sampai ke lokasi kejadian," katanya yang memberitahu mayat mangsa dihantar ke Hospital Hulu Terengganu untuk dibedah siasat.

"Arwah (Zaiton) baru ambil pisang di rumah saya di Kampung Bukit Perpat... kemudian saya dapat panggilan masuk daripada nombor telefon dia dalam pukul 11.05 pagi, tapi orang lain yang cakap beritahu kereta Hilux jatuh ke dalam sungai.

"Masa saya sampai di tempat kejadian, orang dah bawa keluar mayat mangsa. Rutin dia setiap hari beli pisang, ubi, cendawan seorang diri tanpa ditemani suaminya," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi kejadian.

Wan Rafiyuddin berkata, ibu angkatnya yang berasal dari Kampung Lubuk Pandan dekat sini, mempunyai seorang anak perempuan yang bertugas di sebuah hospital di Negeri Sembilan.

Sumber: Bernama via Sinar Harian
Gambar/Video: Media Sosial
 
Top
Log in Register