Wanita warga China, Thai ditahan

CG Sponsors




alisha_qistina

Super Active Member
Joined
Jun 27, 2008
Messages
6,410
Reaction score
256
Points
81
IPOH – Taktik sebuah premis pusat hiburan menyembunyikan pekerjanya dalam sebuah bilik rahsia berjaya di hidu dalam Ops Hiburan, awal pagi semalam.

Dalam operasi berkenaan, polis menahan 10 wanita rakyat China dan tujuh warga Thailand yang dipercayai bekerja sebagai pegawai perhubungan pelanggan (GRO) di sebuah pusat hiburan di sini.

Ketua Operasi dari Unit Cawangan Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Bukit Aman, Superintendan Maszely Minhad berkata, operasi berkenaan dibuat berdasarkan maklumat orang awam dan bermula dari jam 11 malam hingga 2 pagi yang dianggotai 17 anggota.

“Ketika serbuan, tingkat atas pusat operasi berkenaan didapati kosong. Bagaimanapun, hasil siasatan yang dijalankan, kami menemui laluan rahsia yang disembunyikan di belakang kabinet.

“Polis memecahkan dinding premis berkenaan dan menemui 17 warga asing yang disembunyikan dalam sebuah bilik sempit,” katanya kepada pemberita selepas operasi berkenaan.

Menurutnya, hasil siasatan mendapati dua warga China tidak mempunyai dokumen perjalanan sah manakala seorang rakyat Thailand tidak mempunyai pasport.

“Turut ditahan seorang wanita cina warga tempatan berumur 48 tahun yang dipercayai ‘ibu ayam’ di kawasan berkenaan.

“kesemua yang ditahan berusia antara 20 hingga 31 tahun kini ditahan di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh untuk siasatan lanjut,” katanya.
 
Sponsored Post
Sponsored Post
Top
Log in Register