BTC USD 97,113.1 Gold USD 2,934.92
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Wanita umur separuh abad tapi tawar khidmat seksual

akudotcom

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
57,652
Top Poster #6
Joined
Jun 17, 2007
Messages
57,652
Reaction score
6,737
Points
881
Awards
1
Wanita umur separuh abad tapi tawar khidmat seksual

Oleh Mohd Haris Fadli Mohd Fadzil


Empat wanita warga Thailand disyaki tawar urutan seksual kepada pelanggan ditahan dalam Ops Gegar di sekitar Kepong. FOTO MOHD HARIS FADLI MOHD FADZIL

Kuala Lumpur: Umur sudah lebih separuh abad, tetapi masih menawarkan perkhidmatan seksual kepada lelaki 'hidung belang'.

Itu kegiatan seorang tukang urut warga Thailand berusia 53 tahun yang ditahan di sebuah pusat refleksologi menerusi Ops Gegar Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kuala Lumpur di Kepong dekat sini, malam tadi.

Ketika disoal wartawan, ibu tunggal terbabit mendakwa sudah lama bercerai dan terpaksa mencari wang dengan melakukan kegiatan tidak bermoral itu bagi menampung kos pengajian tinggi anak bongsunya di kampung halaman.


Katanya, dia berpengalaman bekerja sebagai seorang barista dan tukang urut di Thailand, namun mendakwa tidak pernah memberikan sebarang perkhidmatan seksual di sana.

"Urut badan biasa selama satu jam pelanggan akan bayar RM100 dan saya akan dapat dalam RM53, manakala untuk 'B2B' dan seks oral akan dicaj RM150.

"Untuk perkhidmatan 'tambahan' itu saya akan dapat RM80, tetapi saya baru sebulan lebih di sini dan tidak ramai pelanggan yang masuk di sini setiap hari.

"Sehari dalam satu atau dua pelanggan sahaja yang saya layan," kata ibu kepada tiga anak itu ketika ditemui di lokasi serbuan di sini, semalam.

Wanita itu antara empat tukang urut wanita warga Thailand yang diberkas dalam serbuan itu, manakala seorang lelaki tempatan turut ditahan dipercayai berperanan sebagai penjaga premis.

Dalam pada itu, Pengarah Imigresen Kuala Lumpur, Wan Mohammed Saupee Wan Yusoff berkata, serbuan dijalankan susulan aduan awam berhubung kegiatan maksiat yang berselindung di sebalik premis refleksologi itu.

Katanya, seramai 18 pegawai dan anggota JIM Kuala Lumpur menyerbu premis terletak di tingkat dua terbabit yang dilengkapi dengan kamera litar tertutup (CCTV) di pintu masuk premis.

Mengulas lanjut, beliau berkata, modus operandi kesemua wanita berusia lingkungan 30 hingga 53 tahun itu adalah menggunakan pas pelancong dan akan pulang ke negara asal sebelum tamat tempoh 30 hari dibenarkan untuk tinggal di Malaysia.

"Selepas pulang ke negara asal, warga asing terbabit akan masuk semula ke Malaysia sekali lagi menggunakan pas pelancong," katanya.

Disiarkan pada: July 25, 2024 @ 9:59am

 
Sponsored Post

Enjoy sblm dikuasai oleh graviti 🤣

FB_IMG_1721693638062.jpg
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register