BTC USD 38,636.6 Gold USD 1,821.10
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Wanita tuntut RM20,000

highway

Active+ Member
Joined
Oct 17, 2009
Messages
4,417
Reaction score
293
Points
46
Wanita tuntut RM20,000

JOHOR BAHRU – Seorang wanita menanggung kerugian lebih RM70,000 kerana terpedaya dengan sebuah syarikat pelaburan kesihatan dan menuntut sejumlah RM20,000 kos bagi membeli alat penjagaan kesihatan yang dibeli.

Mangsa, Lam Ling Ling, 47, terpengaruh lantas bersetuju membuat pengubahsuaian kedai yang disewa di Tampoi yang memakan kos lingkungan kos sejumlah RM40,000 serta digesa membeli sebuah alat perubatan yang berharga RM2,150 seunit kerana dipercayai berpotensi untuk mendapat keuntungan daripada penjualan alat itu.

Namun lebih malang, mangsa menyedari alat kesihatan buatan China yang dibeli itu boleh didapati dalam pasaran tempatan dengan harga lingkungan RM300 hingga RM600 sahaja hingga menyebabkan alat yang dibeli itu tidak mendapat perhatian mana-mana pelanggan sehingga kini.

Mangsa mendakwa syarikat terbabit bijak mempengaruhinya membuat pelaburan itu sehingga sanggup mengeluarkan wang simpanannya bagi membayar pelbagai kos untuk memulakan perniagaannya kerana dipercayai boleh menjana keuntungan.

Timbalan Pengerusi Biro Pengaduan Awam Bahagian MCA Johor Bahru, Michael Tay Chee Boon berkata, bukan itu sahaja mangsa juga diarah mencari seberapa ramai ahli untuk menyertai skim pelaburan perniagaan itu.

Menurutnya, syarikat tersebut mengarah mangsa mencari sekurang-kurangnya lima pihak yang berminat untuk menyertai skim perniagaan itu dan perlu membayar sejumlah RM50,000 setiap seorang untuk menjadi ahli.

“Ini adalah sangat mustahil untuk mendapatkan sejumlah RM250,000 dalam masa yang terdekat sebagai pulangan menyertai skim pelaburan itu.

“Bukan kos itu sahaja terpaksa ditanggungnya, mangsa yang memulakan perniagaan sejak Julai lalu turut menanggung kos dalam RM1,500 sebulan untuk membayar sewa premis perniagaan dan sewa elektrik dan air,” katanya ketika ditemui di Biro Pengaduan Awam di Taman Maju Jaya, di sini, semalam.

Michael berkata, setelah menemui jalan buntu akibat tiada satu pun alatnya dapat dijual, mangsa cuba mendapatkan penjelasan syarikat terbabit tetapi hampa kerana tidak mendapat layanan sebaliknya dituduh tidak pandai mempromosikan produk sedemikian.

Beliau berkata, mangsa kesal syarikat yang dipercayai sebagai francais enggan bertanggungjawab atas kerugian itu serta tidak pernah menghantar seorang wakil untuk memantau keadaan dan prestasi perniagaannya.

Beliau menasihatkan agar masyarakat bersikap bijak dengan menyiasat terlebih dahulu dengan sebaik mungkin serta bertanya mana-mana pihak untuk mendapatkan penjelasan sewajarnya serta memikirkan sedalam mungkin sekiranya ingin melabur agar perkara sebegini dapat dielakkan.
 
Sponsored Post

sokia

Legendary Member
Joined
Dec 18, 2007
Messages
16,256
Reaction score
5
Points
115
mcm2 sekarang.......aduhhh
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register