BTC USD 63,248.6 Gold USD 4,332.57
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Wanita terjun dari tingkat dua

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


Wanita warga Indonesia diangkat oleh anggota perubatan dari PPUM setelah mengalami kecederaan berikutan tindakan luar kawalnya itu.
< 1 / 1 >
PETALING JAYA - Panik pintu rumah diketuk pihak polis, seorang wanita warga asing nekad terjun dari tingkap bilik tidurnya di tingkat dua bangunan Mentari Court, di sini, semalam.

Bagaimanapun, dia bernasib baik kerana hanya mengalami kecederaan ringan di kaki namun berjaya ditahan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Azmi Abu Kassim berkata, pihak polis berjaya menahan suspek terbabit selepas dia meraung kesakitan selepas tindakan tidak disangka-sangka itu.

"Selepas menjalankan pemeriksaan dokumentasi, kami mendapati suspek tidak mempunyai dokumen perjalanan yang lengkap.

"Suspek kemudian dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) bagi mendapatkan rawatan susulan," katanya.

Azmi berkata, polis akan menjalankan siasatan lebih lanjut dan terperinci berhubung insiden berkenaan.

Dalam pada itu, menyentuh mengenai operasi bersepadu yang dijalankan, Azmi memberitahu seramai 119 individu ditahan.

Jelasnya, bagi tangkapan narkotik, tujuh individu ditahan atas kesalahan memiliki dadah jenis heroin dan pil khayal dengan kuantiti yang sedikit.

Tambahnya, operasi yang dijalankan di Mentari Court dan Desa Mentari itu adalah sebagai langkah pencegahan jenayah memandangkan kawasan ini mencatatkan kadar indeks jenayah tinggi.
 
mcmana dia boleh tebus berada di malaysia nihhh, apa sudah jadi dengan sempadan malaysia ni
 
kalau hari2 buat rush macam ni, aku rasa x sampai setahun clear malaysia ni dari warga asing
 
Back
Top
Log in Register