BTC USD 54,162.4 Gold USD 2,497.39
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Wanita suka dengar cerita gosip

Ahmad07

Legendary Member
gem
Messages
10,366
Joined
Aug 11, 2007
Messages
10,366
Reaction score
879
Points
161

LONDON: Satu tinjauan baru mendapati cara terbaik mendapatkan perhatian penuh wanita ialah dengan menyampaikan berita yang mengandungi skandal.

Satu kajian mendapati lebih dua pertiga golongan itu mengaku menumpukan sepenuh perhatian kepada perbualan cuma apabila ada unsur gosip.

Jumlah sama, iaitu 67 peratus, berpendapat mereka memberi tumpuan teliti apabila cuba memasang telinga mendengar kontroversi yang dibincangkan orang lain berdekatan mereka.

Secara perbandingan, cuma separuh lelaki berkata mereka suka mendengar gosip manakala 41 peratus mengaku mendengar dengan sepenuh perhatian kepada perbualan orang lain.

Tinjauan ke atas 2,000 responden juga mendapati cuma 21 peratus lelaki menganggap mereka mendengar dengan berhati-hati setiap perkataan, berbanding cuma 19 peratus wanita yang berkata demikian. Lima peratus wanita mengaku cuma mendengar berita panas di sana sini.

Wanita juga lebih berkemungkinan tidak banyak memberi tumpuan apabila mendengar percakapan rakan sekerja, dengan purata wanita cuma memperuntukkan dua pertiga daripada keseluruhan masa mendengar apa yang diperkatakan ketua mereka.

Mereka cuma benar-benar mendengar 70 peratus perbualan dengan pasangan masing-masing. Namun apabila berbual dengan rakan baik, wanita memberikan sepenuh perhatian kepada lebih tiga perempat daripada apa yang diperkatakan.

Penyelidik juga mendedahkan 84 peratus daripada penduduk Britain berpendapat mereka pendengar yang baik, dengan 20 peratus berkata mereka mendengar setiap patah perkataan manakala 58 peratus merasakan bercakap secara bersemuka adalah bentuk komunikasi terbaik.

Penyelidikan dilakukan untuk Siemens Hearing Instruments, yang mendapati 66 peratus wanita mengaku tidak pernah menjalani ujian pendengaran berbanding 55 peratus lelaki dan 46 peratus kedua-dua jantina mengaku kadang-kadang terpaksa memberi tumpuan lebih untuk mendengar yang diperkatakan orang lain.

Pakar audiologi, Wendy Davies, berkata: “Anda tidak perlu menjadi tua untuk kehilangan pendengaran - suasana kelab yang bising dan suara tinggi MP3 boleh merosakkan telinga. Jadi, penting melakukan ujian.

“Jika kehilangan pendengaran, jangan panik. Bantuan pendengaran amat berbeza dengan apa yang digunakan golongan tua. Kini, anda boleh mendapatkan model lebih menarik dengan saiz kecil.” - Agensi


sumber: http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Sunday/Dunia/20090510060126/Article/indexworld_html

suke btul pompuan kalo bab mengumpat nih... :eek::eek::eek:
 
Sponsored Post

Sponsored Post

CG Sponsors




Back
Top
Log in Register