BTC USD 51,497.9 Gold USD 1,783.71
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Wanita simpanan Woods tuntut RM11 juta

eboss

CG Hardcore
Messages
85,652
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,895
Points
591
LONDON - Seorang wanita, Theresa Rogers berumur 40-an yang didakwa mempunyai anak hasil hubungan dengan bintang golf No. 1, Tiger Woods (gambar) menuntut £2 juta (RM11.01 juta) sebagai syarat untuk mendiamkan diri, lapor sebuah akhbar semalam.

Rogers merupakan wanita paling tua dikaitkan dengan Woods berbanding 10 wanita lain.

Dia kini mengupah seorang peguam terkenal, Gloria Allred untuk membincangkan tuntutan tersebut.




Peguam itu dipercayai telah berbincang mengenai jumlah bayaran sebanyak £3 juta (RM16.51 juta) kepada seorang lagi wanita simpanan Woods, Rachel Uchitel supaya mendiamkan diri berhubung anak luar nikah mereka.

Rogers dilaporkan memberitahu rakan-rakannya bahawa Woods ialah bapa seorang anak perempuannya yang berumur enam tahun.

Menurut laman web RadarOnline, Rogers yang berumur 48 tahun cuba untuk memperoleh anak semasa menjalin hubungan dengan Woods.

Sementara itu, Woods dilaporkan menyembunyikan diri dengan menghabiskan masa menonton kartun di rumahnya di Florida, Amerika Syarikat (AS).

Beberapa rakan rapat bintang golf itu bimbang Woods tidak dapat mengharungi skandal yang dihadapinya selepas isterinya, Elin Nordegren dilaporkan mahu bercerai dengannya.

Woods telah menukar nombor telefon bimbitnya selepas dia terlibat dengan kemalangan jalan raya pada bulan lalu.

Seorang rakannya, Charles Barkley yang merupakan bintang bola keranjang di AS berkata: "Saya telah berusaha untuk menghubunginya tetapi gagal."

Dia cuma mahu memberitahu Woods: "Hai, kami semua menyanyangi anda. Jika anda mahu apa sahaja keperluan, tolonglah angkat telefon."

Sementara itu, aktres Jessica Simpson menafikan dia turut terlibat dalam skandal Woods.

Dia menganggap laporan berita yang mengaitkan dirinya dengan Woods sebagai satu jenaka. - Agensi
 
Sponsored Post

maxpda

Super Active Member
Messages
8,407
Joined
Jan 15, 2007
Messages
8,407
Reaction score
421
Points
91
hubungan skandal yang membawa padah..
 

mangkaq

Super Active Member
Messages
8,834
Joined
Mar 13, 2008
Messages
8,834
Reaction score
71
Points
75
Tak abis-abis citer pasal kayu ni...Hehehe
 

tudung87

Legendary Member
Messages
12,870
Joined
May 30, 2008
Messages
12,870
Reaction score
69
Points
120
tula, diorg sume nak duit jekkk...
kang dh ponin...
 

mustang rider

Active+ Member
Messages
4,327
Joined
Dec 11, 2008
Messages
4,327
Reaction score
104
Points
33
ramai yg jadi jutawan segera akibat dari skandal nie.....:D:D:D







:)cgrock:)cgrock:)cgrock
 

lelakigila

Active+ Member
Messages
2,543
Joined
Jul 11, 2008
Messages
2,543
Reaction score
24
Points
35
wakakakaakakakaka..... :)) :)) :))
tiger woods ni dah buat lawak paling mahal untuk hujung tahun 2009 ni, tahniah untuk dia..... :eek: :eek: :eek:
Nampak jer mcm geek tp kaki pompuan keliling pinggang..... :)) :)) :))
 

atlantis

CG Top Poster Club
Messages
35,221
Paid Membership
Joined
Feb 3, 2008
Messages
35,221
Reaction score
767
Points
161
apsal tak minta 100 juta terus.
ayam tak sedar diri.. :)paid
 

warheadfx

Active Member
Messages
2,274
Joined
Jun 6, 2008
Messages
2,274
Reaction score
278
Points
41
duit membawa seseorang ke puncak kejayaan dan kekayaan. Duit juga boleh membawa seseorang ke lembah kehinaan dan kemuflisan.
Tak mustahil Tiger Wood boleh kena AIDS kerana hubungan seks rambang secara bebastanpa pelindung ...
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register