BTC USD 94,173.3 Gold USD 2,688.18
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Wanita Rohingya dengan 54 rekod jenayah dalang kes pecah rumah antara ditahan

akudotcom

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
57,150
Top Poster #6
Joined
Jun 17, 2007
Messages
57,150
Reaction score
6,702
Points
881
Awards
1
Wanita Rohingya dengan 54 rekod jenayah dalang kes pecah rumah antara ditahan

Oleh Izz Laily Hussein
A view of the sea
KUMAR (tiga dari kanan) menunjukkan barang rampasan dalam sidang media kejayaan polis menumpaskan kumpulan pecah rumah di IPK Johor. FOTO Iskandar Ishak.
Johor Bahru : Polis menumpaskan satu kumpulan pecah rumah terdiri daripada etnik Rohingya dengan seorang daripada tangkapan adalah seorang wanita yang mempunyai 54 rekod jenayah.

Seramai enam suspek etnik itu yang ditahan disyaki terbabit dalam kegiatan pecah rumah di negeri ini dan Melaka sejak enam bulan lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk M Kumar berkata, mereka yang berusia 15 hingga 34 tahun itu ditahan di Kota Tinggi dalam satu operasi bermula 29 September lalu.

"Kita percaya semua yang ditahan ini mempunyai pertalian keluarga, tetapi belum dapat disahkan kerana ketika tangkapan tiada dokumen dikemukakan.

"Mereka juga sepakat, susah nak bercakap (buat pendedahan, pengakuan atau buka rahsia antara mereka).

"Hanya dua daripada suspek termasuk wanita yang juga dalang kumpulan ini mempunyai kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR).

"Empat lagi suspek tidak mempunyai sebarang dokumen," katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini, hari ini.

Menurutnya, kumpulan berkenaan aktif menjalankan kegiatan pecah rumah di kawasan Kota Tinggi, Kulai, Pontian, Batu Pahat dan Melaka.

Katanya, wanita yang berusia 34 tahun dan mempunyai 54 rekod lampau itu membabitkan kes pecah rumah di Johor, Negeri Sembilan, Melaka, Pulau Pinang dan Terengganu.

"Suspek wanita ini bersama-sama seorang lagi yang mempunyai kad UNHCR sudah dituduh atas kes pecah rumah di mahkamah dekat Pontian pada awal Februari lalu dan kes masih dalam perbicaraan.

"Namun, sementara menunggu perbicaraan, wanita ini masih lagi melakukan kegiatan pecah rumah dan dia dipercayai sudah aktif melakukan pecah rumah sejak berusia 19 tahun pada 2014," katanya.

Kumar berkata, kumpulan terbabit menyasarkan kawasan perumahan mewah yang tiada pengawal keselamatan dan bergiat aktif pada waktu siang.

"Ahli kumpulan berkenaan akan memantau kawasan sekitar rumah untuk memastikan tiada pergerakan dalam rumah dan seterusnya menggunakan pemutar skru dan pahat kecil untuk mengumpil masuk ke dalam rumah," katanya

Menurutnya, kumpulan itu akan menyasarkan wang tunai, barang kemas, jam tangan, beg berjenama dan barangan lain yang berharga serta mudah dijual.

"Kita turut merampas barang dipercayai hasil pecah rumah bernilai RM675,000 membabitkan wang tunai, barang kemas, beberapa beg dan jam tangan berjenama yang dilaporkan hilang.

"Turut dirampas, beberapa kenderaan dan barangan yang digunakan kumpulan berkenaan untuk melakukan pecah rumah," katanya.

Beliau berkata, dengan tumpasnya kumpulan itu, pihaknya berjaya menyelesaikan 21 kes pecah rumah di sekitar Johor sejak awal tahun ini yang menganggarkan kerugian sebanyak RM1.25 juta.

Semua suspek disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana pecah rumah dan Seksyen 411 Kanun Keseksaan kerana menerima atau menyimpan harta curi.

Mereka turut disiasat di bawah Seksyen 448 Kanun Keseksaan kerana pencerobohan rumah serta Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

Kumar berkata, pihaknya masih mengesan seorang lagi ahli kumpulan itu bernama Mohammad Shukur Mohamad Salim yang masih bebas.

Disiarkan pada: October 22, 2024 @ 5:26pm
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Back
Top
Log in Register