BTC USD 100,396 Gold USD 2,680.58
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Wanita pukul anak sambil 'video call' bekas suami

akudotcom

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
56,570
Top Poster #3
Joined
Jun 17, 2007
Messages
56,570
Reaction score
6,648
Points
881
Awards
1
Wanita pukul anak sambil 'video call' bekas suami

MARLISSA MOHAMMAD KAMAL
Klip tersebut menjadi tular pada Selasa meskipun kejadian itu berlaku pada bulan lalu. Foto Agensi
KOTA PADANG - Sebuah rakaman video memaparkan tindakan seorang wanita yang dikatakan memukul anaknya sambil sedang membuat panggilan video dengan seorang lelaki telah menjadi tular di media sosial.

Kejadian itu berlaku di Kota Padang, Sumatera Barat di Indonesia pada bulan lalu.

Menerusi klip yang mendapat perhatian warganet di Instragram frix sejak Selasa, suara wanita itu jelas kedengaran sedang memarahi lelaki yang dipercayai bekas suaminya.

"Suruh dia datang ke sini. Aku tunggu," jerit wanita itu yang mendesak seseorang supaya menemuinya.

Lelaki itu juga kelihatan kurang senang apabila dipaksa berulang kali.

"Aku tak tahu nombor dia," balasnya.

Ketika kedua-duanya saling bergaduh mulut, suara tangisan anak kecil turut kedengaran dan makin kuat apabila ditengking ibunya.

Paparan panggilan video itu juga menunjukkan wanita berkenaan tergamak memukul anak-anaknya.

"Aku takkan berhenti selagi anak-anak kau tak berdarah," ugutnya lagi.

Maklumat dikongsikan beberapa pengguna media sosial mendakwa wanita itu yang mengalami masalah kewangan tinggal bersama tiga daripada lima anaknya manakala bekas suaminya bekerja di Malaysia.


Difahamkan, wakil agensi kebajikan telah melakukan pemeriksaan terhadap ketiga-tiga anaknya dan tiada kesan kecederaan serius akibat perbuatan ibu mereka. - Agensi
 
Back
Top
Log in Register