BTC USD 63,072.1 Gold USD 1,807.20
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Wanita pertama Pengarah JHEAT.

mzak

Legendary Member
Joined
Nov 3, 2009
Messages
15,880
Reaction score
152
Points
128
pix_gal0

Samsiah Awang

"Saya berjanji melaksanakan tugas sebaik mungkin bagi merealisasikan hasrat kerajaan untuk merakyatkan pentadbiran negeri”. - Samsiah Awang, Pengarah JHEAT




Kuala Terengganu: Ketua Penolong Pesuruhjaya (Dakwah), Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), Samsiah Awang menjadi wanita pertama dilantik sebagai pengarah jabatan itu, berkuat kuasa 26 Ogos lalu.

Pelantikan Samsiah, 54, yang juga ibu tunggal kepada sembilan anak berusia antara 15 dan 30 tahun menerajui JHEAT diperkenankan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin yang juga ketua agama negeri.
Samsiah berkata, pelantikannya menerajui JHEAT adalah satu penghormatan dan pengiktirafan kerajaan kepada wanita.

“Saya masih teruja dan tidak percaya apabila menerima surat perkenan Sultan Mizan untuk menerajui JHEAT, tetapi saya berjanji melaksanakan tugas sebaik mungkin bagi merealisasikan hasrat kerajaan untuk merakyatkan pentadbiran negeri.

“Walaupun menjadi bos kepada lebih 700 pegawai dan kakitangan jabatan, terutamanya membabitkan lelaki, saya yakin mereka akan memberi kerjasama serta sokongan penuh untuk menjadikan jabatan agama sebagai institusi dihormati di negeri ini,” katanya ketika ditemui pada Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2012 dan Jamuan Aidilfitri di Dewan Auditorium JHEAT, di sini, semalam.

Majlis penyampaian APC peringkat JHEAT dirasmikan Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Mazlan Ngah dan turut dihadiri Pesuruhjaya JHEAT, Datuk Rozali Saleh.

Samsiah memulakan tugas di JHEAT sejak 1982 dan dia adalah pegawai paling kanan di jabatan itu. Sebelum dilantik sebagai Ketua Penolong Pesuruhjaya, beliau bertugas sebagai pegawai di Jabatan Undang-Undang Keluarga di jabatan berkenaan.
Suami Samsiah, Rozali Awang meninggal dunia pada 2009 dan pernah menjawat jawatan yang sama di JHEAT.
 
Last edited:
Sponsored Post
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register