BTC USD 95,590.2 Gold USD 2,894.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Wanita penghantar barang ditahan curi 'parcel'

hiduprakyat

Legendary Member
gem
Messages
19,248
Joined
Dec 6, 2010
Messages
19,248
Reaction score
1,339
Points
201
6266964615170738423_121.jpg


Wanita penghantar barang ditahan curi 'parcel'

Iskandar Puteri: Polis menahan seorang wanita penghantar barang kerana disyaki mencuri parcel (bungkusan) penduduk di sebuah apartmen di sini, Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri Asisten Komisioner M Kumarasan berkata, laporan diterima daripada lelaki berusia 42 tahun pada 12.08 tengah malam, sebelum suspek wanita berusia 38 tahun itu ditahan di lokasi kejadian.

"Hasil semakan mendapati suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau, dan ujian saringan awal air kencing menunjukkan negatif dadah.

"Polis turut merampas beberapa barang dipercayai hasil curi, termasuk dua botol micellar cleansing water, satu kotak tisu basah dan dua kotak losyen," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, suspek sudah direman lima hari bermula Khamis lalu hingga esok bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

Omar Ahmad

Kredit ➡️ Harian Metro
 
Back
Top
Log in Register