BTC USD 95,261.9 Gold USD 2,897.35
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Wanita Pandu ‘King’ Di Tahan Bawa Kereta Berbahaya, Potong Barisan Di Bukit Bintang

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
65,202
Top Poster #2
Joined
Nov 23, 2012
Messages
65,202
Reaction score
7,155
Points
916
Awards
1
17.01.2025 - Seorang wanita yang memandu kenderaan jenis Perodua Myvi ditahan pihak berkuasa selepas memandu secara berbahaya dan memotong barisan di Kuala Lumpur. Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman berkata, kejadian di Jalan Imbi-Jalan Sultan Ismail pada Jumaat itu menyaksikan seorang anggota polis trafik hampir dilanggar oleh suspek. Ia disebabkan suspek enggan memberhentikan kenderaan semasa polis tersebut mengarahkannya berbuat demikian.​


 
Sponsored Post

Wanita Di Tahan Memandu Secara Bahaya, Cuba Langgar Polis

17.01.2025 - Polis menahan seorang wanita selepas bertindak memandu kenderaan secara berbahaya serta cuba melanggar anggota polis di persimpangan Jalan Imbi-Jalan Sultan Ismail, di sini kelmarin. Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman berkata, semakan lanjut pihaknya mendapati video berkaitan kejadian didapati tular di media sosial. Beliau berkata, laporan berkaitan kejadian diterima kira-kira jam 7.56 petang.

“Siasatan mendapati dalam kejadian kira-kira jam 5.15 petang itu, suspek berumur 38 tahun terbabit bertindak memandu secara berbahaya dan memotong barisan laluan sehingga menyebabkan kemalangan. Anggota trafik bertugas kemudiannya mengarahkan mangsa berhenti namun suspek enggan sebelum cuba melarikan diri,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, tindakan suspek itu mengakibatkan kenderaan dipandunya hampir melanggar anggota trafik bertugas.

“Suspek kemudiannya ditangkap dan direman dua hari untuk siasatan lanjut. Kes disiasat di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan,” katanya.

Menurutnya, suspek kemudiannya dituduh di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Terdahulu, tular video di media sosial memaparkan seorang wanita dilihat enggan mematuhi arahan diberikan anggota polis trafik di satu persimpangan di kawasan ibu kota.

Berita asal https://www.buletintv3.my/nasional/wanita-ditahan-memandu-secara-bahaya-cuba-langgar-polis/
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register