BTC USD 23,446.0 Gold USD 1,865.94
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Wanita Orang Asli Maut Di Pijak Gajah Di Kuala Lipis

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gemgem
Messages
40,696
Top Poster #5
Joined
Nov 23, 2012
Messages
40,696
Reaction score
5,058
Points
516
Awards
1
06.12.2022 - Global, Seorang wanita Orang Asli maut akibat cedera parah dipercayai kerana dipijak gajah di Kampung Simoi Baru, Pos Betau di Kuala Lipis, Pahang awal pagi Selasa. Ketua Polis Daerah Lipis, Superitendan Azli Mohd Noor berkata, pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian pada pukul 4.40 pagi dan mangsa Wak Angkat Yok Tong, 39, ditemukan di dalam kawasan pokok pisang oleh ahli keluarganya.

"Siasatan awal mendapati mangsa bersama lapan ahli keluarganya sedang tidur di rumah kayu berdinding buluh yang dikelilingi pokok pisang dan berhampiran kebun getah. Mereka terjaga kerana dinding rumah bergoyang dipercayai akibat dilanggar gajah menyebabkan mereka semua melarikan diri," katanya menerusi kenyataan pada Selasa.

Azli berkata, ahli keluarga mangsa yang berkumpul semula selepas keadaan tenang, menyedari mangsa hilang menyebabkan mereka mencarinya di sekitar rumah. Mayat mangsa dibawa ke Hospital Kuala Lipis untuk bedah siasat.​

1670311973595.png
 
Top
Log in Register