- Joined
- Jul 1, 2009
- Messages
- 9,649
- Reaction score
- 384
- Points
- 91
So suami dia boleh main untuk negara kita tak ni
Tu pompuan tu bgtau masok Islam 2019...sikh mmg agama dia lah, sembah tok guru mereka
Nak ke dia main utk msia...So suami dia boleh main untuk negara kita tak ni
Dia tetap warganegara malaysia, lain la dia lepaskan kerakyatan sini apply sanaSo, mcm mana dengan taraf kewarganegaraan najwa? Adakah dia akan menjadi warga india atau suami dia akan jadi warga Malaysia?
Kalau tak silap mak sedara dia kena covid kan..timbalan menteri tu. Ke silap org
Mak sedara dia menteri perpaduan x silap akuKalau tak silap mak sedara dia kena covid kan..timbalan menteri tu. Ke silap org
Aiya malu oooo bg jwpn mcm tu, menteri tu bkn pembangkang....ada akses imigresen semua, apa susah minta rekod kluar masuk dia ja.....payah jgk jd menteri nie knTimbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) itu berkata siasatan kes itu diserahkan kepada Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ).
Kahwin kapten pasukan hoki India : ‘Tiada kepastian’ Illi Najwa sudah balik ke Malaysia, kata Ahmad Marzuk
January 19, 2021 3:53 PM
View attachment 332164
PETALING JAYA: Siasatan kes perkahwinan wanita Malaysia, Illi Najwa Saddique dengan kapten pasukan hoki India, Manpreeet Singh Pawar diserahkan kepada Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ), kata Ahmad Marzuk Shaary.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) itu berkata beliau belum ada kepastian sama ada Illi Najwa sudah kembali ke Malaysia selepas dilaporkan berkahwin dengan Manpreet bulan lalu.
Perkahwinan itu dllaporkan berlangsung di di Mithapur dekat Jalandhar, Punjab.
“Saya juga tidak pasti sama ada wanita berkenaan sudah pulang ke Malaysia atau sebaliknya,” kata Marzuk.
“Namun, ketika kes ini kecoh, keluarga wanita berkenaan berusaha untuk membawa pulang segera wanita berkenaan,” beliau dipetik berkata oleh Berita Harian.
Marzuk berkata, setakat ini, pihaknya belum menerima maklumat lengkap berhubung isu berkenaan dan menyerahkan perkara itu kepada JAINJ.
Pada Dis lalu, Marzuk berkata Illi Najwa akan dipanggil memberi penjelasan mengenai status agama beliau dan suaminya sebaik sahaja dia kembali ke tanah air.
Ketika itu, beliau berkata, kerajaan amat peka mengenai perkara berkenaan dan difahamkan wanita yang berasal dari Johor itu masih beragama Islam.
Beliau juga dilaporkan berkata kerajaan belum menerima permohonan daripada Najwa untuk berkahwin di luar negara.
![]()
Kahwin kapten pasukan hoki India : ‘Tiada kepastian’ Illi Najwa sudah balik ke Malaysia, kata Ahmad Marzuk
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) itu berkata siasatan kes itu diserahkan kepada Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ).www.freemalaysiatoday.com