Wanita Muat Naik Status Hina Polis Di Tahan

CG Sponsors

Xploit Machine

Legendary Member
Joined
Nov 23, 2012
Messages
18,010
Reaction score
3,252
Points
236
28.03.2020 - Alor Setar, Tindakan seorang wanita berusia 20 tahun memuat naik status menghina polis di media sosial, Facebook mengundang padah apabila dia dicekup polis malam tadi.

Ketua Polis Daerah Pendang, Deputi Superintendan Arriz Sham Hamezah berkata, wanita yang bekerja sebagai pembantu kedai makan itu ditahan 11.30 malam tadi di rumahnya di kawasan Pendang.

Beliau berkata, wanita itu dikatakan marah selepas polis menasihatinya supaya pulang ke rumah ketika anggota terbabit sedang bertugas melakukan pemantauan Ops Covid-19 di tepi jalan Pendang-Kobah, Batu Menunggul, 9 malam tadi.

“Tangkapan terhadap wanita itu dilakukan berikutan maklumat yang diterima dari seorang pengadu yang memaklumkan menerima maklumat dari aplikasi WhatsApp dari rakannya 10.12 malam tadi.

“Rakannya memberitahu ada status bergambar yang dimuat naik dari Facebook pemilik bernama Sahira Eyraa,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Arriz Sham berkata, suspek ditahan untuk membantu siasatan dan direman selama dua hari bermula hari ini untuk membantu siasatan. Perintah reman dikeluarkan oleh Majistret Siti Naquiah Mohd Jamel di Mahkamah Majistret Alor Setar hari ini.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Ini adalah kes keempat membabitkan tangkapan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Kedah.

Berita asal https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/03/559473/wanita-muat-naik-status-hina-polis-ditahan
 
Sponsored Post

dloanman

Legendary Member
Joined
Apr 15, 2012
Messages
18,148
Reaction score
1,395
Points
206
perasan tak? area utara ni spt penang & kedah ramai org yg agak brutal & jadi kes keno tangkap sbb [email protected] penguatkuasa diwaktu covid19 nih

apo org utara cakap sikap mcm ni? bengkiang? ketegag? kahaq? mangkaq?

pls lemme know which one of these 4 words above explains the right action by these people
 
Jering

Fun Poster
Joined
Mar 14, 2019
Messages
981
Reaction score
180
Points
23

atau lebih tepat lg bodoh piang
sori klu agak kasar
 
Jering

Fun Poster
Joined
Mar 14, 2019
Messages
981
Reaction score
180
Points
23
oh baru den tau, err 'piang' tu apo? kena tampar ko?
entahlah kita org Pahang
cuma klu org utara dia tengok org tu bodo sangat
dia cakap bodo piang
mungkin forumer2 dari utara blh jelaskan apa maksud piang
 
Fayafa

Active Member
Joined
May 21, 2017
Messages
1,222
Reaction score
303
Points
41
perasan tak? area utara ni spt penang & kedah ramai org yg agak brutal & jadi kes keno tangkap sbb [email protected] penguatkuasa diwaktu covid19 nih

apo org utara cakap sikap mcm ni? bengkiang? ketegag? kahaq? mangkaq?

pls lemme know which one of these 4 words above explains the right action by these people
org utara panggei #kahaqketegaq..hat suka cabaq penguatkuasa i.e ajak betumbuk tu di panggei kepala masam
 
lelabah

Super Active Member
Joined
Nov 2, 2007
Messages
5,594
Reaction score
853
Points
121
kaw2 kena maki berjemaah dengan netizen. sampai wajah dia pun dijadikan modal.
 
TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
277,101
Reaction score
11,193
Points
2,376
Dah maki dalam FB tu silap la
Bukti bertulis
Kejap je la kena kutip zaman tular menular ni
Jabatan Netizen rajin buat kerja
 
Sponsored Post
Top
Log in Register