BTC USD 26,846.4 Gold USD 1,956.85
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Wanita mengaku salah laku khianat di rumah madu

hiduprakyat

Super Active Member
gem
Messages
9,003
Joined
Dec 6, 2010
Messages
9,003
Reaction score
588
Points
121
Wanita mengaku salah laku khianat di rumah madu
FB_IMG_1678281519296.jpg

KEMAMAN, TERENGGANU: Seorang wanita yang juga isteri ketiga kepada seorang peniaga mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Kemaman, hari ini atas pertuduhan melakukan khianat merosakkan cermin kereta dan motosikal berkuasa tinggi milik suami di rumah madunya di Taman Gong Pauh, di sini, Ahad lalu.

Siti Fazira Mohd. Sofian, 28, yang merupakan peniaga kedai emas membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Sharifah Amirda Shasha Amir Shariffuddin.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa sengaja melakukan khianat dengan mengetuk cermin hadapan dan belakang kereta jenis Mercedes-Benz dan merosakkan bahagian belakang motosikal berkuasa tinggi jenis Honda Gold Wing menggunakan bakul mengisi buah kira-kira pukul 2.15 petang, di kediaman madunya itu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Majistret kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM4,000 dengan seorang penjamin dan kes ditetapkan semula untuk fakta dan hukuman pada 15 Mac ini.

Pada Ahad lalu, wanita itu dilaporkan bertindak menceroboh masuk kediaman madunya yang merupakan isteri kedua selepas berang suaminya yang merupakan peniaga penyaman udara kenderaan, tidak pulang ke rumahnya selama dua hari.

Sumber: UTUSAN MALAYSIA

#utusanmalaysia
 
Sponsored Post

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
405,841
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
405,841
Reaction score
28,305
Points
2,836
Awards
2
Wanita mengaku salah laku khianat di rumah madu
FB_IMG_1678281519296.jpg

KEMAMAN, TERENGGANU: Seorang wanita yang juga isteri ketiga kepada seorang peniaga mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Kemaman, hari ini atas pertuduhan melakukan khianat merosakkan cermin kereta dan motosikal berkuasa tinggi milik suami di rumah madunya di Taman Gong Pauh, di sini, Ahad lalu.

Siti Fazira Mohd. Sofian, 28, yang merupakan peniaga kedai emas membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Sharifah Amirda Shasha Amir Shariffuddin.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa sengaja melakukan khianat dengan mengetuk cermin hadapan dan belakang kereta jenis Mercedes-Benz dan merosakkan bahagian belakang motosikal berkuasa tinggi jenis Honda Gold Wing menggunakan bakul mengisi buah kira-kira pukul 2.15 petang, di kediaman madunya itu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Majistret kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM4,000 dengan seorang penjamin dan kes ditetapkan semula untuk fakta dan hukuman pada 15 Mac ini.

Pada Ahad lalu, wanita itu dilaporkan bertindak menceroboh masuk kediaman madunya yang merupakan isteri kedua selepas berang suaminya yang merupakan peniaga penyaman udara kenderaan, tidak pulang ke rumahnya selama dua hari.

Sumber: UTUSAN MALAYSIA

#utusanmalaysia

Update kat sini tuan

Thread 'Wanita Cedera 'Diserang' Isteri Ketiga Suami'

 
Sponsored Post

Top
Log in Register