BTC USD 59,881.3 Gold USD 1,792.47
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Wanita maut tertimbus Di Cameron Highlands

hiduprakyat

Super Active Member
Joined
Dec 6, 2010
Messages
5,726
Reaction score
425
Points
91
WANITA MAUT TERTIMBUS
FB_IMG_1631794333067.jpg
FB_IMG_1631794335102.jpg
FB_IMG_1631794337697.jpg
FB_IMG_1631794339878.jpg
FB_IMG_1631794342635.jpg

CAMERON HIGHLANDS: Seorang wanita maut akibat tertimbus dalam kejadian runtuhan tanah di rumahnya dekat Jalan Sungai Palas di sini, hari ini.

Mangsa berusia 59 tahun berkenaan ditemui pasukan penyelamat pada jam 5.45 petang.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Cameron Highland ketika dihubungi, berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 3.30 petang.

Beliau berkata, runtuhan tanah itu berlaku akibat hujan lebat dan mangsa terperangkap dalam runtuhan anggaran kedalaman satu meter.

Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Hajjah Kalsom, Cameron Highlands untuk tindakan lanjut.

Difahamkan mangsa terperangkap di ruang tamu dan kejadian hanya membabitkan mangsa saja. - BH
 
Sponsored Post

TT

CG Super Hardcore Club
Top Poster #4
Joined
Jan 13, 2009
Messages
159,853
Reaction score
21,826
Points
1,671
๐—ง๐—”๐—ก๐—”๐—› ๐—ฅ๐—จ๐—ก๐—ง๐—จ๐—› ๐——๐—œ ๐—ฆ๐—š. ๐—ฃ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ฆ ๐— ๐—˜๐—ก๐—š๐—›๐—”๐—Ÿ๐—” ๐—๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ก ๐—จ๐—ง๐—”๐— ๐—” ๐—•๐—ฅ๐—œN๐—–๐—›๐—”๐—ก๐—š

๐—–๐—ฎ๐—บ๐—ฒ๐—ฟ๐—ผ๐—ป ๐—›๐—ถ๐—ด๐—ต๐—น๐—ฎ๐—ป๐—ฑ๐˜€ ๐Ÿญ๐Ÿฒ.๐Ÿฌ๐Ÿต.๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿญ (๐Ÿฌ๐Ÿฏ:๐Ÿฏ๐Ÿฌ ๐—ฝ๐˜๐—ด)

01x pegawai dan 09 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Cameron Highlands bersama 01 jentera FRT dan 01 ambulans EMRS dan 01 kenderaan VFRV dikejarkan kelokasi kejadian tanah runtuh beserta lumpur akibat hujan lebat dan telah meruntuhkan 01 rumah kediaman.
Terdapat 01 warga emas dipercayai telah tertimbus akibat kejadian tersebut.

Operasi mencari dan menyelamat telah dibantu oleh 03 buah backhoe untuk membersihkan sisa runtuhan dan lumpur. Mangsa telah dijumpai pads jam 05:41 petang dan diserahkan kepada pihak polis. 02 orang perempuan selamat dan hanya mengalami luka ringan.

Mangsa Vijaya Kuppuswami, 59 tahun
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
318,671
Reaction score
15,636
Points
2,376
TANAH RUNTUH | Warga Emas Maut, Anak Cedera

Seorang wanita warga emas maut dan anak perempuannya cedera selepas rumah mereka roboh dihanyut arus dan lumpur dalam kejadian tanah runtuh di Brincang, Cameron Highlands, petang tadi.

 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
92,350
Reaction score
15,061
Points
1,906

Seksyen 43.9 Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands ditutup​


1631979244189.png


KEADAAN tanah runtuh di Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands. FOTO tular di media sosial

Ipoh: Tanah runtuh dilaporkan berlaku di Laluan Persekutuan FT185 Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands, di sini, petang tadi, menyebabkan laluan itu di Seksyen 43.9 ditutup sepenuhnya kepada semua aliran trafik bermula 9 malam ini.

Perkara itu disahkan Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Kinta yang menyatakan kejadian membabitkan laluan sepanjang 30 meter dengan lebar lima meter yang dikesan 5.45 petang tadi.
Susulan itu, jabatan terbabit bersama syarikat konsesi Belati Wangsa (M) Sdn Bhd, melakukan pemantauan di lokasi terbabit.
JKR Daerah Kinta menerusi kenyataan yang dikongsikan kepada media malam ini berkata, runtuhan laluan di kawasan cerun terbabit berkemungkinan disebabkan faktor hujan berterusan yang menyebabkan struktur tanah menjadi lemah serta tidak kukuh.

Katanya, pengguna jalan raya bagaimanapun masih dapat menggunakan jalan alternatif iaitu Laluan FT059, Jalan Tapah-Ringlet.
Disiarkan pada: September 18, 2021 @ 11:12pm


 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register