Wanita maut nahas empat kenderaan

CG Sponsors




alisha_qistina

Super Active Member
Joined
Jun 27, 2008
Messages
6,407
Reaction score
256
Points
81
TANAH MERAH: Seorang wanita yang bertugas sebagai tukang masak di Hospital Jeli maut dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Kilometer 75, Jalan Kota Baharu-Machang-Jeli, dekat sini hari ini.

Siti Norazlina Saari, 29, yang lengkap dengan uniform kerjanya cedera parah di kepala dan meninggal dunia sebaik tiba di Hospital Tanah Merah (HTM).

Ketua Polis Daerah Tanah Merah, DSP Abdul Aziz Mahmud, berkata nahas berlaku pada 11.05 pagi ketika Siti Norazlina dalam perjalanan ke tempat kerja dengan dihantar bapanya, Saari Mat Said, 53.

"Proton Saga yang dinaiki dua beranak itu hilang kawalan lalu terbabas ke laluan bertentangan sebelum melanggar tiga kenderaan lain iaitu Proton Persona, Proton Wira dan lori kecil.

"Akibat pelanggaran itu, kereta yang dipandu bapa mangsa itu berpusing beberapa kali sebelum berhenti di kiri bahu jalan. Bapa mangsa juga cedera dan dihantar ke HTM," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Sementara itu ibu mangsa, Siti Hawa Mamat, 53, berkata pada awalnya anak sulungnya Mohd Sanusi Saari, 33, yang ingin menghantar Siti Norazlina ke tempat kerja tetapi dia menolaknya.

"Siti nak pergi bersama bapanya kerana nak singgah di pekan Bukit Bunga untuk membeli barang yang dipesan rakannya," katanya.
 
Sponsored Post

AjuL

Super Active Member
Platinum Member
Joined
Jul 2, 2009
Messages
9,046
Reaction score
173
Points
73
al fatihah..
 

hazwan17

Super Active Member
Joined
Nov 24, 2007
Messages
7,442
Reaction score
3
Points
65
alfatihah dan takziah utk keluarga mangsa
 

ceria28

Legendary Member
Joined
Mar 13, 2007
Messages
11,901
Reaction score
109
Points
123
Al fatihah dan salam takziah
 

mtx_69

Super Active Member
Joined
Aug 9, 2009
Messages
8,190
Reaction score
1,406
Points
141
takziah..dan al-fatihah
 
Sponsored Post
Top
Log in Register