BTC USD 97,769.8 Gold USD 2,867.61
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Wanita Maut, Lelaki Cedera Di Hempap Kontena Terbalik

Sponsored Post

Kes

Tiada rasa bersalah, pemandu kontena terbalik hempap kereta tak dibenar ikat jamin​

Oleh Nur Izzati Mohamad
November 18, 2024 @ 1:08pm
[email protected]

BUKIT MERTAJAM: Pemandu lori yang mengakibatkan kontena dibawanya terbalik sehingga menyebabkan seorang kerani wanita maut dalam nahas enam kenderaan pada 13 November lalu tidak dibenarkan ikat jamin ketika dia dihadapkan di Mahkamah Majistret, hari ini.
Tertuduh Marhizan Johari, 51 yang memakai baju-T berwarna biru mengaku tidak bersalah ketika kertas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohd Harith Mohd Mazlan.

Mengikut pertuduhan, bapa tiga anak itu didakwa memandu treler dengan cara berbahaya sehingga menyebabkan kematian seorang pemandu wanita Lee Zi Rou berusia 21 tahun.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di Jalan Kebun Sireh, di sini, jam 9.30 pagi pada 13 November lalu.

Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang lima tahun serta maksimum 10 tahun dan denda tidak kurang RM20,000 dan tidak lebih RM50,000.
Tertuduh juga bakal berdepan hilang kelayakan daripada memegang atau mendapatkan lesen memandu selama tempoh tidak kurang daripada lima tahun dari tarikh sabitan, jika sabit kesalahan.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Zulfadzly Hassan manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Semasa prosiding pihak pendakwaan tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap tertuduh berikutan kes itu telah mendapat liputan meluas di media sosial, termasuk tertuduh juga dilihat tidak menunjukkan rasa bersalah atas perbuatannya sehingga sanggup menunjukkan isyarat 'peace' ketika wajahnya dirakamkan pihak media ketika membuat liputan proses tahanan reman.
Majistret Mohd Harith kemudian tidak membenarkan sebarang jaminan terhadap tertuduh dan menetapkan tarikh sebutan semula pada 24 Januari tahun depan bagi laporan bedah siasat, perubatan dan Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom).
Dalam kejadian 13 November lalu, seorang wanita maut manakala seorang lelaki cedera parah selepas kereta dipandu mereka dihempap kontena yang terjatuh dari sebuah treler di Jalan Bukit Tengah, di sini.
Mangsa yang maut, Lee Zi Rou, 21, memandu kereta Perodua Bezza manakala Tan Chou Theng, 25, yang cedera parah adalah pemandu Honda Jazz.
Kemalangan itu dipercayai berlaku ketika lima kereta dan sebuah lori dari Jalan Kebun Sirih berhenti di lampu isyarat simpang tiga Jalan Bukit Tengah sebelum sebuah treler kontena dari Jalan Bukit Tengah tiba-tiba membelok ke kiri.
Pemandu treler kontena, Marhizan Johari, 51, diiringi polis atas pertuduhan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 di Mahkamah Bukit Mertajam. Marhizan didakwa memandu treler dengan cara berbahaya sehingga menyebabkan kematian seorang pemandu wanita Lee Zi Rou, 21, dalam nahas enam kenderaan pada 13 November lalu. - Foto NSTP/Danial Saad

jawaban dia

dia ni belagak tunjuk peace...mencerminkan tak ada rasa bersalah, kesal atas kejadian.

so..kena laa

Tak kisah la kalau yg dia langgar smpai mati ni bangsa apa sekali pun...atau binatang sekali pun...sekurang2nya usah la tunjuk sgt sombong tu

simpan sja la

....................................

termasuk tertuduh juga dilihat tidak menunjukkan rasa bersalah atas perbuatannya sehingga sanggup menunjukkan isyarat 'peace' ketika wajahnya dirakamkan pihak media ketika membuat liputan proses tahanan reman.

...................................................
 
Bila masa dia langgar... 🤔, pemandu mabuk tu betullah langgar orang..🤔
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register