BTC USD 97,059.0 Gold USD 2,902.63
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Wanita Maut, Lelaki Cedera Di Hempap Kontena Terbalik

palat darat cam ni jangan benar membiak... duk sembang pum pang, pum pang gaji besor tu sebab dia kejar trip, tidor pun cukup2 makan je tiap2 hari , tu duk melantak pil kuda sebab nak kejar trip... yang kes sodok2 orang , terencat atas jalan geng2 ni la... kalau kerja normal cam org lain takda la besor mana pun gaji...


aku kadang2 sampai naik risau kat traffic light, bnyk sangat kes sekarang ni...kalau kat traffic light rasa tak senang duduk, kejap2 tengok side mirror kot2 ada palat darat dari belakang tgh gila mengalami ayat paling popular geng ni

"kegagalan brek"
 
Sponsored Post

‘Anak saya tidak salah’ – Ibu mangsa dihempap kontena


Steven (kiri) menziarahi Sheau Ling (kanan) di Taman Alma, Bukit Mertajam, hari ini.
BUKIT MERTAJAM – “Saya mahukan keadilan untuk anak saya”.

Itu luahan Lim Sheau Ling, 42, ibu kepada Lee Zi Rou, 21, yang maut akibat dihempap kontena yang dibawa sebuah treler dalam kejadian di Jalan Bukit Tengah, Rabu lalu.

Sheau Ling yang merupakan ibu kepada empat orang anak perempuan berusia 24 hingga 18 tahun berkata, dia tidak mahu kejadian yang menimpa anak keduanya itu berlaku kepada orang lain.

“Saya tidak mahu orang lain pula kena (kemalangan dihempap kontena). Anak saya tidak ada salah, dia anak yang baik, rajin dan selalu membantu keluarga kami,”katanya ketika ditemui di rumah mereka di Taman Alma, di sini hari ini.

Terdahulu, Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong hadir menziarahi keluarga mendiang bagi menyampaikan bantuan daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

Dalam pada itu, Steven berkata, semakan Perkeso mendapati mangsa merupakan kerani di Syarikat Lo Best Smart Solution dengan pendapatan bulanan RM1,500 dan merupakan pencarum Perkeso sejak 1 Oktober 2022.

“Rekod Perkeso mengesahkan mendiang adalah pencarum bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4) dan dia telah terkorban dalam kemalangan jalan raya semasa dalam perjalanan ke tempat kerja.

“Punca kematian mendiang disebabkan traumatic asphyxiation due to road traffic collision sekali gus melayakkan mendiang menerima manfaat bawah Skim Bencana Pekerjaan,” katanya. -KOSMO! ONLINE
 
Saya biasa tengok di YouTube dan juga pengelaman sendiri nampak ramai pemandu yang tidak memperlahankan kenderaan di trafficlight malah semakin hampir dengan traficlight semakin laju sebab nak kejar lampu hijau. Sewaktu ambil lesen tak ada bagi tau ke mesti memperlahankan kenderaan di trafficlight? Ataupun memang sengaja nak bunuh diri dan membunuh orang lain?
 
Ajal Di Lampu Isyarat, Wanita Maut Kena Hempap Kontena Terlebih Muatan Di George Town

14.11.2024 - Seorangwanita maut di tempat kejadian apabila sebuah kontena terbalik lalu menghempap keretanya berhampiran Bukit Tengah, George Town, Pulau Pinang pada pagi Rabu. Difahamkan, wanita itu sedang menunggu di lampu isyarat Jalan Kebun Sireh-Jalan Bukit Tengah dan dalam pada masa yang sama lori tersebut datang dari arah bertentangan membelok tajam ke kiri sekali gus menyebabkan insiden terbabit. Dilaporkan lori kontena yang dipandu itu terlebih muatan lalu terbalik dan menimpa kereta mangsa dalam kejadian pada pukul 9.15 pagi.​

1731556532186.png

Wanita itu yang memandu bersendirian dilaporkan dalam perjalanan menuju ke tempat kerja dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Serpihan kontena dan kereta dalam kemalangan itu menyebabkan kedua-dua lorong jalan terhalang sementara waktu. Dipercayai beberapa kenderaan lain turut mengalami kerosakan dan sementara itu seorang lagi pemandu cedera dan dibawa ke hospital. Bagaimanapun siasatan masih dijalankan oleh pihak polis.

Berita asal https://majoriti.com.my/berita/2024...hempap-kontena-terlebih-muatan-di-george-town
salah pemandu sebab bawa laju

salah company sebab lebih muatan
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register