BTC USD 96,509.9 Gold USD 2,895.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Wanita maut, kenderaan dilanggar kereta dipandu lelaki mabuk dadah

akudotcom

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
57,743
Top Poster #3
Joined
Jun 17, 2007
Messages
57,743
Reaction score
6,745
Points
881
Awards
1
Wanita maut, kenderaan dilanggar kereta dipandu lelaki positif dadah

Oleh Nurul Fatihah Sulaini
A view of the sea
Seorang wanita maut manakala seorang lagi parah dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kampung Benting Lintang di sini, petang semalam. FOTO Ihsan Polis

Besut: Seorang wanita maut manakala seorang lagi parah dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kampung Benting Lintang di sini, petang semalam.

Dalam kejadian yang dipercayai berlaku jam 3 petang, mangsa, Norra Zafidah Ahmad Zaibidin, 45, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian kerana kecederaan parah di kepala.


Pemangku Ketua Polis Daerah Besut Deputi Superintendan Md Sani Md Saleh berkata, hasil siasatan awal mendapati kenderaan jenis Honda City dipandu seorang lelaki bersama tiga penumpang wanita yang berusia antara 19 hingga 56 tahun dalam perjalanan dari arah Kuala Terengganu ke Bachok, Kelantan.

Beliau berkata, sebaik tiba di lokasi kejadian, sebuah kereta jenis Perodua Myvi dipandu lelaki berumur 26 tahun bersama seorang penumpang lelaki berusia 20 tahun yang datang dari arah Kampung Raja ke Setiu dipercayai terbabas masuk ke laluan bertentangan menyebabkan berlaku perlanggaran.

"Akibat daripada kemalangan itu, salah seorang penumpang bahagian belakang kereta Honda City berusia 45 tahun meninggal dunia di tempat kejadian," katanya dalam satu kenyataan media, di sini, hari ini.

Katanya, pemandu Perodua Myvi yang cedera parah di kepala dan bahagian abdomen masih tidak sedarkan diri dan dihantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian untuk rawatan lanjut.

"Mangsa lain yang terbabit dalam kemalangan sama dibawa ke Hospital Besut untuk rawatan lanjut dan berada dalam keadaan stabil.

"Hasil ujian saringan awal sampel darah terhadap pemandu Perodua Myvi mendapati lelaki itu positif methamphetamine," katanya.

Beliau berkata, kes disiasat dibawah Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Disiarkan pada: November 18, 2024 @ 10:02am
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Back
Top
Log in Register