BTC USD 27,169.2 Gold USD 1,948.08
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Wanita maut kemalangan empat kenderaan

hiduprakyat

Super Active Member
gem
Messages
8,990
Joined
Dec 6, 2010
Messages
8,990
Reaction score
588
Points
121
Wanita maut kemalangan empat kenderaan

FB_IMG_1679666843890.jpg
FB_IMG_1679666846373.jpg
FB_IMG_1679666848657.jpg
FB_IMG_1679666852361.jpg

SEREMBAN – Seorang wanita maut selepas kereta yang dinaikinya bersama lima ahli keluarganya terlibat dalam nahas empat kenderaan di Kilometer 15.1 Lebuh Raya Kajang-Seremban (Lekas) arah Selatan dekat Kampung Batang Benar di sini petang tadi.

Mangsa yang meninggal dunia dikenali sebagai, Noor Atika Zainal, 30, beralamat di Felda Temangau 4, Kemayan, Pahang.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Mantin, Penolong Penguasa Bomba, Priscilla Carol Thomas berkata, pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada pukul 4.21 petang tadi melibatkan empat jenis kenderaan iaitu sebuah Toyota Wish, sebuah Perodua Myvi, sebuah lori treler dan sebuah lori pasir 10 tan.

“Terdapat enam orang mangsa yang berada di dalam kereta Toyota Wish termasuk seorang yang meninggal dunia. Lima yang lain termasuk seorang lelaki dewasa dan kanak-kanak berusia enam hingga sembilan tahun, semuanya mengalami kecederaan parah.

“Mayat mangsa yang maut telah diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan dan dihantar ke Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) Seremban,” katanya ketika dihubungi.

KOSMO! ONLINE
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Top
Log in Register