BTC USD 62,843.4 Gold USD 4,336.82
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Wanita maut dihempap lori batu

Yul-Minho

Legendary Member
gem
Messages
15,946
Joined
Jul 23, 2012
Messages
15,946
Reaction score
1,172
Points
201
eks4.jpg_1501141262.jpg


SEORANG wanita maut apabila kereta Perodua Viva dinaikinya dihempap lori membawa muatan batu yang terbalik di Lebuh Raya Changlun-Kuala Perlis, di persimpangan lampu isyarat berhampiran Tangki Air Kuala Perlis, hari ini.

Selain kereta dinaiki mangsa, lori terbabit turut melanggar tiga kenderaan lain menyebabkan beberapa lagi cedera.

Pegawai Kanan II, Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Perlis, Marshahadi Mehad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 12.47 tengah hari.

“Ada empat mangsa dalam kereta Perodua Viva, iaitu seorang lelaki dan tiga perempuan dengan seorang daripada mereka maut akibat tersepit.

“Kesemua mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah manakala pemandu lori difahamkan sudah dibawa ke balai polis,” ￾ katanya ketika ditemui, hari ini.

Difahamkan mangsa yang cedera, termasuk patah paha dan patah tangan.


https://www.hmetro.com.my/utama/2017/07/248164/wanita-maut-dihempap-lori-batu
 
Last edited:
kemalangan yang tak diduga...
hati2 semua dijalanraya...
 
27lori2.transformed.jpg



Wanita maut dihempap lori batu


KANGAR: Seorang wanita maut dihempap lori membawa muatan batu dalam kemalangan di Lebuh Raya Changlun-Kuala Perlis di sini, tengah hari tadi.

Selain kenderaan dinaiki mangsa, lori terbabit turut melanggar tiga kenderaan lain yang menyebabkan beberapa pengguna jalan raya lain mengalami kecederaan.

27lori1.transformed.jpg

Seorang wanita maut dihempap lori membawa muatan batu dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan
di Lebuh Raya Changlun-Kuala Perlis, di sini, tengah hari tadi. - Foto ihsan Pembaca


Pegawai Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Perlis, Pegawai Kanan II Marshahadi Mehad, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 12.47 tengah hari, sebelum bergegas ke lokasi.

"Terdapat empat mangsa mengalami kecederaan dalam kejadian itu membabitkan seorang lelaki dan tiga perempuan, di mana salah seorang daripada mereka maut akibat tersepit di dalam kereta PERODUA Viva yang remuk.

"Semua mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini, manakala mayat mangsa yang maut dihantar ke bilik mayat hospital sama," katanya.

Difahamkan, pemandu lori yang terbabit dalam kemalangan itu dibawa ke balai polis untuk siasatan lanjut.

http://www.bharian.com.my/berita/kes/2017/07/306249/wanita-maut-dihempap-lori-batu#cxrecs_s
 
Innalillah... Mcmn boleh sampai terbalik lori tu... Brek mengejut ke.. selekoh ke... Tapi kat lampu isyarat...
 
Adakah lebih muatan? Selalu nampak lori sawit bawak sawit sampai terlebih2
 
Innalillah.. ngeri tgk kereta penyek mcm tu..
semoga dipermudahkan segala urusan keluarga mangsa
 
Back
Top
Log in Register