BTC USD 117,793 Gold USD 3,355.95
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Wanita lepuh di tangan angkara cacing bawah kulit

Md Hanif

Active+ Member
Messages
4,516
Joined
Jun 13, 2023
Messages
4,516
Reaction score
217
Points
38
3165286.webp

Gelembung berisi cecair akibat jangkitan cacing kait yang masuk melalui kulit. - Agensi

BANGKOK – Seorang wanita di Thailand mengalami detik cemas apabila mendapati tangannya dipenuhi gelembung berisi cecair akibat jangkitan cacing kait (hookworm) yang masuk melalui kulit.

Jangkitan yang dikenali sebagai Cutaneous Larva Migrans (CLM) itu dipercayai berpunca daripada najis haiwan seperti anjing dan kucing.

Kisah wanita berkenaan tular selepas beliau memuat naik gambar tangan yang dipenuhi lepuh pelik di media sosial.

Gambar itu menunjukkan beberapa benjolan seperti gelembung kecil yang kelihatan bergerak di bawah permukaan kulit, menimbulkan rasa ngeri dalam kalangan pengguna.

Menurut mangsa, dia mula mengalami gatal melampau selepas seharian mencabut rumput di kawasan luar rumah.

Ketika bangun pada keesokan paginya, dia mendapati beberapa lepuh jernih muncul dan kelihatan bergerak perlahan di bawah kulit.

Pakar parasitologi dari Universiti Teknologi Suranaree, Dr Nathkaphat Rattanapitool mengesahkan jangkitan itu sebagai CLM.

Katanya, larva daripada cacing kait haiwan seperti Ancylostoma braziliense dan Ancylostoma caninum boleh menembusi kulit manusia melalui sentuhan terus dengan tanah tercemar najis haiwan tersebut.

Beliau menjelaskan bahawa keadaan ini sering berlaku di negara-negara tropika termasuk Thailand, terutama dalam kalangan individu yang sering melakukan aktiviti luar tanpa perlindungan kulit seperti alas atau kasut.

Walaupun larva berkenaan tidak mampu membesar sepenuhnya dalam tubuh manusia dan biasanya akan hilang dalam masa dua hingga lapan minggu, pesakit tetap dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan bagi mengurangkan gatal dan mengelak jangkitan sekunder.

Dr Nathkaphat menambah bahawa ruam akibat CLM biasanya kelihatan berliku seperti laluan ular dan bergerak sehingga dua sentimeter sehari.

Ia sering disertai dengan rasa gatal yang melampau dan menyebabkan ketidakselesaan berpanjangan.

Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati semasa menjalankan aktiviti luar, termasuk menggunakan alas ketika duduk atau berbaring di tanah serta sentiasa memakai kasut jika berjalan di kawasan berpasir atau bertanah.

Langkah pencegahan lain termasuk mencuci tangan dengan bersih selepas aktiviti luar dan sebelum makan, selain memastikan najis haiwan dibuang dengan cara yang bersih dan bertanggungjawab.

Haiwan peliharaan seperti anjing dan kucing juga perlu dibawa menjalani pemeriksaan kesihatan dan proses nyahcacing secara berkala bagi mengelakkan penyebaran parasit berbahaya ini.

Walaupun tidak mengancam nyawa, jangkitan seperti ini boleh mengganggu kehidupan harian dan menyebabkan tekanan emosi serta fizikal kepada mangsa, terutamanya jika dibiarkan tanpa rawatan. - Agensi

 
Back
Top
Log in Register