Wanita kerugian RM45,000 ditipu bomoh

CG Sponsors




mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,444
Reaction score
4,297
Points
201
ALOR SETAR: Seorang wanita kerugian RM45,000 selepas ditipu bomoh dengan menyerahkan barang perhiasan emas kepada suspek, kononnya untuk tujuan perubatan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Kedah, Superintendan Elias Omar, berkata mangsa bekerja sebagai kerani berusia 44 tahun itu sudah berkahwin dan menetap di Padang Sanai, Kuala Nerang.

Beliau berkata, kejadian berlaku pada hujung Januari lalu, apabila suspek yang juga saudara rapat mangsa memberitahunya, terdapat makhluk halus jatuh di atas bumbung rumahnya pada Januari 2020.

"Suspek iaitu lelaki berusia 50 tahun itu kemudian memberitahu, barang perhiasan emas yang ada dalam rumah mangsa akan mendatangkan mudarat.

"Suspek meminta mangsa mengeluarkan semua barang perhiasan emas milik mangsa dan disebabkan percaya, mangsa menyerahkan kesemua barang perhiasan emas itu kepada suspek," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Elias berkata, barang perhiasan emas itu kemudian dibalut dengan kain putih dan disimpan dalam almari baju di dalam bilik mangsa dan tidak sesiapa dibenarkan menyentuh kain itu kecuali suspek.

Beliau berkata, seminggu kemudian suspek datang semula ke rumah mangsa dan meluru masuk ke dalam bilik untuk memeriksa balutan kain putih yang disimpan dalam almari baju mangsa tanpa dilihat sesiapa.

"Suspek kemudian menyerahkan tiga cincin emas kepada mangsa dan menyatakan cincin itu boleh dipakai semula.

"Namun pada 8 September lalu, mangsa mendapat tahu daripada orang kampung yang pernah menggunakan khidmat bomoh itu bahawa dia penipu dan modus operandinya mengambil barang perhiasan emas," katanya.

Elias berkata, mangsa kemudian membuka balutan kain putih yang disimpan dalam almari dan mendapati barangan perhiasan emas mangsa sudah diganti dengan rantai emas disyaki palsu.

Beliau berkata, berikutan itu mangsa kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Padang Sanai di Padang Terap pada 25 Oktober lalu.

"Satu kertas siasatan dibuka dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

"Selain itu, terdapat empat laporan lain membabitkan modus operandi dan suspek yang sama dibuat di Padang Sanai pada 25 Oktober lalu," katanya.

 
Top
Log in Register