balqis07
CG Top Poster Club

- Messages
- 30,953
Paid Membership
- Joined
- Jan 27, 2010
- Messages
- 30,953
- Reaction score
- 294
- Points
- 136

Wanita dan kanak-kanak Izadi Kurd dijual dan dijadikan hamba setelah ditahan kumpulan Takfiri.
< 1 / 1 >
BAGHDAD - IRAQ. Kumpulan Takfiri mengesahkan bahawa kumpulannya menjual dan menjadikan wanita serta kanak-kanak Izadi Kurd sebagai hamba, menurut majalah yang kononnya diterbitkan kumpulan pengganas, semalam.
Terbitan terbaharu majalah Dabiq mendedahkan bahawa keluarga mangsa yang diperhambakan kini telah dijual.
Ia juga menyebut wanita dan kanak-kanak Izadi kemudiannya akan dibahagikan dalam kalangan militan yang mula melakukan serangan untuk menguasai bandar Sinjar di utara Iraq sejak Ogos lalu.
Menurut Press TV, Pemerhati Hak Asasi Wanita berkata, wanita dan kanak-kanak Izadi terus dijadikan tawanan, manakala wanita muda serta remaja perempuan dipisahkan daripada keluarga untuk dipaksa berkahwin dengan ahli kumpulan terbabit.