balqis07
CG Top Poster Club

- Messages
- 30,953
Paid Membership
- Joined
- Jan 27, 2010
- Messages
- 30,953
- Reaction score
- 294
- Points
- 136
Tahera memuat naik status mengenai layanan buruk United Airlines di laman Facebook.
< 1 / 1 >
WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT . Seorang wanita Muslim Amerika mendakwa menjadi mangsa diskriminasi agama ketika menaiki pesawat United Airlines.
Wanita terbabit, Tahera Ahmad berkata kejadian tersebut berlaku Sabtu lalu, ketika pesawat berkenaan dalam perjalanan ke Washington dari Chicago.
Menurut Tahera, 31, drama anti-Islam itu bermula apabila dia meminta satu minuman Diet Coke yang masih belum dibuka daripada pramugari bertugas.
Bagaimanapun, permintaannya dinafikan atas alasan ia bertentangan dengan peraturan keselamatan penerbangan United Airlines.
Pramugari tersebut juga mendakwa, tindakan itu sebagai langkah keselamatan kerana bimbang tin yang belum dibuka itu digunakan sebagai senjata ketika penerbangan.
"Tidak lama selepas itu, pramugari tersebut memberi satu tin arak yang belum dibuka kepada penumpang lelaki di sebelah saya.
"Apabila saya cuba meminta penjelasan mengenai layanan tidak adil itu, saya sebaliknya diarahkan menutup mulut dan ada penumpang lain memanggil saya celaka," katanya yang juga pengarah sebuah pertubuhan hubungan antara agama di Universiti Nortwestern.
Tahera yang menyangka penumpang lain akan mempertahankannya mula menangis selepas berasa dihina.
Sementara itu, United Airlines dalam satu kenyataan berkata insiden tersebut hanyalah salah faham.
"Kami telah berjumpa dengan Tahera Ahmad dan mengemukakan permohonan maaf kami," katanya. - Press TV