BTC USD 61,492.5 Gold USD 1,792.47
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Wanita Iran dihukum rejam belum dibebaskan

wenn

Active Member
Joined
Mar 13, 2010
Messages
1,637
Reaction score
0
Points
20
2010/12/11- TEHERAN: Warga Iran, Sakineh Mohammadi Ashtiani (atas), yang dijatuhi hukuman rejam sampai mati selepas didapati bersalah oleh mahkamah Iran atas dakwaan berzina dan bersubahat membunuh suaminya, belum dibebaskan, kata sebuah stesen televisyen tempatan.

Kenyataan stesen televisyen berbahasa Inggeris, Press TV dalam laman webnya semalam sekali gus menafikan khabar angin sebelum ini bahawa Sakineh sudah dibebaskan. Wanita itu sebaliknya masih ditahan.
Stesen televisyen berkenaan bagaimanapun mengesahkan bahawa ia mengadakan sesi temuramah dengan Sakineh di rumahnya dan ini dipercayai menjadi sumber khabar angin menyatakan wanita itu sudah dibebaskan.
Sementara itu dokumentari mengenai Sakineh tidak menceritakan mengenai pembebasan beliau, sebaliknya menunjukkan imej wanita itu berada di rumahnya sambil menceritakan kisah pembunuhan suaminya. Kesalahan itu jika disabitkan, boleh membawa hukuman mati.

Rancangan itu dijadualkan ditayangkan kira-kira jam 10.30 malam ini waktu tempatan.

“Press TV yang mendapatkan kerjasama pihak berkuasa kehakiman Iran, membawa Sakineh ke rumahnya bagi mengimbas kembali kejadian jenayah di lokasi kejadian,” kata stesen televisyen itu.

Hukuman rejam ke atas Sakineh, ditangguhkan selepas menerima bantahan besar-besaran daripada kumpulan hak asasi yang mengadakan kempen di seluruh dunia. – Reuters
 
Sponsored Post

atlantis

CG Top Poster Club
Paid Membership
Joined
Feb 3, 2008
Messages
35,221
Reaction score
767
Points
161
Hukuman rejam ke atas Sakineh, ditangguhkan selepas menerima bantahan besar-besaran daripada kumpulan hak asasi yang mengadakan kempen di seluruh dunia. – Reuters
cam tak lojik je..
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register