BTC USD 27,586.6 Gold USD 1,978.78
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Wanita Indonesia Perlekeh Bahasa Melayu Makan Diri, Di Kecam Netizen Malaysia

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gemgem
Messages
41,380
Top Poster #5
Joined
Nov 23, 2012
Messages
41,380
Reaction score
5,114
Points
516
Awards
1
Seorang wanita berasal dari Indonesia telah menerima kecaman daripada rakyat Malaysia atas cubaan beliau untuk membuat jenaka dengan Bahasa Malaysia. Wanita terbabit telah memuat naik satu video di laman TikTok dengan membandingkan beberapa perkataan Bahasa Indonesia, Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia. “Di Indonesia, kita kata belok kanan, belok kiri. Di dalam bahasa inggeris, kita sebut turn right, turn left. Dalam Bahasa Malaysia, mereka kata, pusing kanan, pusing,” katanya sambil ketawa.

Beliau juga membuat beberapa perbanding yang tidak tepat antaranya beliau berkata bahawa rakyat Malaysia memanggil pengawal keselamatan sebagai penunggu maling dan hantu pocong digelar sebagai hantu bungkus di Malaysia. Kenyataan beliau yang dimuat naik di laman TikTok itu kemudiannya tular di Twitter dengan kebanyakan netizen mengecam kenyataan tidak tepat beliau.

“Apabila anda cuba membuat jenaka bahasa negara orang tetapi semuanya salah. Guna google translate ke?” Kata seorang netizen di Twitter.

Sebenarnya perbandingan salah yang cuba dimainkan oleh netizen Indonesia ini telah berlaku lama. Dalam satu hantaran yang dibuat pada 2014, seorang netizen Indonesia menyampaikan maklumat salah mengenai perbandingan suku kata di Indonesia dan Malaysia. Kebanyakan suku kata yang dinyatakan oleh rakyat Indonesia tidak pernah digunakan di Malaysia. Tambahan daripada itu, tiada seorang rakyat Malaysia yang gunakan ‘bilik merenung’ untuk merujuk ‘tandas’.​






 
Sponsored Post

Sponsored Post

Top
Log in Register