BTC USD 27,905.6 Gold USD 1,978.78
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Wanita hamil tujuh bulan maut ditembak di perut

cek mek molek

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
128,507
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
128,507
Reaction score
22,006
Points
2,866
Awards
1
Menurutnya, pemeriksaan yang dilakukan ke atas kereta menjumpai satu kelongsong peluru di bahagian kaki tempat duduk penumpang di belakang sebelah pemandu.

Wanita hamil tujuh bulan maut ditembak di perut
05 Jun 2022

1654387813811.png

(Foto: Ihsan pembaca) Mangsa hamil tujuh bulan maut maut ditembak di bahagian perut dalam kejadian di Kampung Teresek, Repek, Pasir Mas pada Sabtu. Gambar kecil: Farrah Emirah

PASIR MAS - Seorang wanita hamil tujuh bulan maut ditembak di bahagian perut dalam kejadian di Kampung Teresek, Repek di sini pada Sabtu.

Mangsa, Farrah Emirah Mazlan, 26, yang juga seorang peniaga ditemukan dalam keadaan terbaring di tempat duduk pemandu dan mempunyai kesan tembakan di bahagian perut sebelah kiri.


Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam mengenai penemuan mayat seorang wanita dalam sebuah kereta jenis Nissan Cefiro yang di parkir di tepi jalan.





"Hasil temubual dengan saksi awam mendapati kereta yang dinaiki mangsa sudah berada di tepi jalan sejak petang Jumaat," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Ahad.


1654387837612.png

Mangsa ditemui dalam sebuah kereta jenis Nissan Cefiro yang di parkir di tepi jalan. Foto: Ihsan pembaca
Menurutnya, pemeriksaan yang dilakukan ke atas kereta menjumpai satu kelongsong peluru di bahagian kaki tempat duduk penumpang di belakang sebelah pemandu.

Beliau berkata, semakan awal mendapati kereta tersebut didaftarkan di atas nama mangsa.

Muhamad Zaki berkata, hasil temubual dengan ibu mangsa memberitahu wanita berkenaan hamil tujuh bulan.


"Susulan itu, seorang buruh berusia 40 tahun ditahan pada Sabtu jam 11.25 malam bagi membantu siasatan," katanya.

Menurutnya, kes disiasat bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.




 
Sponsored Post

cek mek molek

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
128,507
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
128,507
Reaction score
22,006
Points
2,866
Awards
1
#PasirMas Cucunya keluar rumah kira-kira 8 malam Jumaat lalu, namun kemudian tidak pulang sehingga keesokan harinya.
https://www.hmetro.com.my/.../mengucap-panjang-melihat...

Mengucap panjang melihat cucu kaku dalam kereta​



LAPORAN portal Harian Metro sebelum ini.
LAPORAN portal Harian Metro sebelum ini.

Pasir Mas: "Dia hanya beritahu nak keluar mengurut kerana lenguh badan akibat mengandung dan meminta saya menjaga tiga anaknya. Tak sangka dia tidak pulang dan hanya sekujur tubuh yang tidak bernyawa ditemui," luah Zawiah Sulong, 68.

Zawiah adalah nenek kepada seorang wanita mengandung yang ditemukan mati dengan kesan tembakan di perut dalam sebuah kereta yang diparkir di tepi jalan di Kampung Repek, di sini, petang semalam.

Katanya, cucunya keluar rumah kira-kira 8 malam Jumaat lalu, namun kemudian tidak pulang sehingga keesokan harinya.
Menurutnya, dia sendiri cuba mencari dengan pergi ke rumah rakan-rakan rapat cucunya selain menelefon beberapa kali tetapi tidak dijawab.

"Saya cuba menghubungi ibunya yang tinggal di Kampung Bechah Kelubi, Bukit Panau, di sini, namun diberitahu anaknya tidak pulang ke sana. Khabar itu meresahkan saya sehinggalah ada saudara memberitahu kereta miliknya tersadai di tepi jalan.

"Saya segera ke lokasi kejadian dan terkejut melihat orang ramai dan polis, selepas itu barulah saya tahu kejadian sebenar.
"Mengucap panjang saya melihat cucu kesayangan kaku di dalam kereta dalam keadaan sudah tidak bernyawa.

"Tiga anak arwah ada dengan saya berusia tiga sehingga 10 tahun dan mereka masih dalam keadaan terkejut, malah yang paling kecil asyik menangis 'mencari' ibunya kerana mereka sangat akrab," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Zawiah berkata, mangsa adalah cucu yang dipelihara seawal usia 10 hari dan sangat rapat dengannya, selain tinggal serumah selepas mangsa bercerai dengan suaminya, Februari lalu.

"Dia cucu yang sangat baik dan peramah, tidak suka keluar malam kecuali jika ada urusan penting sahaja, jadi saya agak terkejut kejadian sebegini terjadi padanya. Dia juga tidak pernah bercerita jika ada bermusuh atau sebagainya.

"Saya reda dengan apa yang terjadi dan perlu kuat demi terus menjaga anak-anak mangsa yang masih lagi trauma dengan kejadian ini. Insya Allah, selagi nyawa dikandung badan saya akan menjaga mereka dengan penuh kasih sayang sebagai mana saya membesarkan ibu mereka.

"Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bechah Kelubi sebagai memenuhi permintaan ibu kandungnya sebaik proses bedah siasat selesai," katanya.

Katanya, dia berharap agar pembunuh cucunya dapat segera ditangkap dan diberi hukuman setimpal selain menjadikan pengajaran buat orang lain supaya berfikir dahulu sebelum bertindak agar tiada nyawa yang menjadi korban.


Disiarkan pada: Jun 5, 2022 @ 8:45am

 

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
401,672
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
401,672
Reaction score
27,616
Points
2,836
Awards
2
Mangsa

1. Farrah Emirah Mazlan
2. Mengandung 7 Bulan
3. 26 Tahun
4. Ada 3 Anak Lain Berumur 3 Hingga 10 Tahun

Suspek

1. Lelaki
2. 40 Tahun
3. Buruh

Fakta Kes

1. Mangsa keluar rumah hari Jumaat
2. Naik kereta Nissan Cefiro
3. Ditemui terbaring di tempat duduk pemandu
4. Ditembak di perut kiri
 

QIPIDELANA

Legendary Member
gem
Messages
11,408
Joined
Dec 13, 2012
Messages
11,408
Reaction score
623
Points
176
Mangsa

1. Farrah Emirah Mazlan
2. Mengandung 7 Bulan
3. 26 Tahun
4. Ada 3 Anak Lain Berumur 3 Hingga 10 Tahun

Suspek

1. Lelaki
2. 40 Tahun
3. Buruh

Fakta Kes

1. Mangsa keluar rumah hari Jumaat
2. Naik kereta Nissan Cefiro
3. Ditemui terbaring di tempat duduk pemandu
4. Ditembak di perut kiri
Sapekah suspek tu?Husband dia mana?
 
Sponsored Post

Top
Log in Register