BTC USD 50,844.6 Gold USD 1,782.90
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Wanita Hamil 4 Bulan Melecur Disambar Api Di Stesen Minyak

eboss

CG Hardcore
Messages
85,652
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,895
Points
591
KUANTAN, 15 Dis (Bernama) -- Seorang wanita yang hamil empat bulan melecur selepas kereta dipandunya disambar api ketika berhenti untuk mengisi minyak di sebuah stesen minyak di Jalan Sultan Abdullah, Bandar Indera Mahkota di sini, Selasa.

Mangsa, Noraini A.Malik, 26, yang mengandung anak pertama, dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan akibat melecur di bahagian muka, tangan kiri dan kaki selain rambutnya turut terbakar.

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Indera Mahkota, Iskandar Jamaludin berkata pihaknya menerima maklumat daripada orang awam kira-kira 9.12 pagi tadi mengenai kebakaran di salah satu pam minyak di stesen itu.

Bagaimanapun katanya bomba yang tiba seminit kemudian mendapati api telah pun dipadamkan oleh pekerja-pekerja stesen minyak tersebut.

"Namun, kami mengarahkan pekerja stesen itu supaya menutup semua alat elektrik demi keselamatan orang ramai," katanya ketika dihubungi di sini.

Beliau berkata punca kebakaran dan nilai kerugian masih dalam siasatan.

Sementara itu, suami mangsa, Faizal Hassan, 32, yang turut berada di dalam kenderaan itu berkata ketika kejadian, dia bersama isteri dan kakak iparnya sedang dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Indera Mahkota 14 dari Klinik Desa Indera Mahkota 5 sebelum singgah untuk mengisi bahan api kenderaannya.

"Ketika saya baru menekan picu nozel, tiba-tiba api datang dari bawah kereta," katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan di sini.

Katanya, isteri dan kakak iparnya kemudian bergegas keluar daripada kereta jenis Perodua Myvi itu, namun api telah menyambar isterinya.

Kakak ipar Faizal bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.

-- BERNAMA
 
Sponsored Post

belina

Active Member
Messages
1,264
Joined
Apr 29, 2009
Messages
1,264
Reaction score
2
Points
25
uikss bahaya betul mcm tu.. erm
 

shila70

Active Member
Messages
1,650
Joined
Oct 21, 2008
Messages
1,650
Reaction score
0
Points
20
dia tak mati kan enjin ker atau ada yg gunakan h/p kat dlm keta tu??
 

sfauzie

Active+ Member
Messages
3,792
Joined
Dec 8, 2007
Messages
3,792
Reaction score
10
Points
25
Api datang dari bawah kete...?:-?
Ada yang buang putung rokok ke apa...
 

mustang rider

Active+ Member
Messages
4,327
Joined
Dec 11, 2008
Messages
4,327
Reaction score
104
Points
33
bahaya betul la...mmg kena ikut la peraturan masa mengisi di petrol stesyen......




:)cgrock:)cgrock:)cgrock
 

nina76

Fun Poster
Messages
810
Joined
Sep 22, 2007
Messages
810
Reaction score
2
Points
15
malang tu tk berbau....itu sbbnye kalau ada peringatan kt stesen minyak tu, sebaik2nye follow demi keselamatan diri.....
 

hazwan17

Super Active Member
Messages
7,442
Joined
Nov 24, 2007
Messages
7,442
Reaction score
3
Points
65
camne bleh dtg api dr bawah kete
 

missbumblebee

Permanently Banned - Multiple ID
Messages
3,639
Joined
Jun 24, 2009
Messages
3,639
Reaction score
19
Points
25
ada sesuatu yg tk kene ni...
dtg dr mana plk api nih...
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register