BTC USD 39,951.2 Gold USD 1,828.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Wanita gemar berjudi di Singapura

ARIFFX

Legendary Member
Platinum Member
Joined
Mar 27, 2008
Messages
12,037
Reaction score
159
Points
123
OHOR BAHRU 20 Nov. - Kira-kira 40 peratus atau 1,200 rakyat Malaysia yang aktif berjudi di kasino negara jiran ialah golongan wanita termasuk suri rumah berusia 40 tahun ke atas.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulai Sebatang, Datuk Tee Siew Kiong (gambar) berkata, mereka mudah terpengaruh dengan tawaran yang disediakan pihak kasino iaitu perkhidmatan pengangkutan secara percuma dan pemberian baucer tunai S$30 (RM72) sekiranya berjudi di sana.

Beliau berkata, pihak kasino memberi S$10 untuk membeli makanan, barangan lain dan menukar cip.

"Penganjur kasino di Singapura bijak. Mereka memberi baucer S$30 kepada pengunjung dan secara logik pengunjung tidak hanya berbelanja pada kadar tersebut. Mereka sekurang-kurangnya membelanjakan kira-kira S$200.

"Apabila mendengar tawaran tersebut, golongan wanita yang kebanyakannya suri rumah dan bekerja sendiri menggunakan peluang yang ada dengan harapan mampu membawa balik pulangan besar," katanya semasa dihubungi Mingguan Malaysia di sini.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan rakyat tempatan semakin aktif berjudi di kasino negara jiran dengan nilai pertaruhan dianggarkan kira-kira RM7 juta sehari.

Malah, dianggarkan seramai 3,000 orang mengunjungi Singapura untuk berjudi di kasino setiap hari dengan nilai perbelanjaan minimum RM2,400 seorang iaitu bersamaan RM7 juta sehari atau RM200 juta sebulan.

Siew Kiong berkata, selain menggunakan perkhidmatan bas, difahamkan ada 'kaki judi' menggunakan pengangkutan sendiri untuk memasuki Singapura.

"Difahamkan kira-kira 500 buah kereta persendirian akan berulang- alik ke lokasi perjudian tersebut selepas pukul 7 malam," ujarnya.

Ketagihan terhadap aktiviti tersebut, menurutnya, bukan sahaja mendedahkan diri mereka untuk meminjam wang daripada ceti haram atau ah long, tetapi boleh menjejaskan hubungan suami isteri sehingga mencetuskan pergaduhan dan penceraian.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi Biro Aduan Awam MCA Johor Bahru, Michael Tay Chee Boon berkata, pihaknya menerima 22 aduan dalam tempoh tiga bulan daripada peniaga khususnya di bandar raya ini.

Beliau berkata, kebanyakan peniaga yang terdiri daripada pengusaha pusat hiburan, pusat beli-belah, cuci kereta, pusat refleksologi dan makanan mengadu perniagaan mereka terjejas teruk akibat kekurangan pelanggan.

"Mereka mengadu perniagaan kurang memberangsangkan kerana ramai pelanggan cenderung 'bersuka ria' di Singapura. Mereka tidak gembira dengan situasi berkenaan," katanya.

Seperti Siew Kiong, Chee Boon turut menyeru kerajaan melakukan sesuatu dengan segera kerana pengaliran wang keluar kira-kira RM7 juta sehari itu merupakan pembaziran yang besar
 
Sponsored Post

endingman86

Legendary Member
Joined
Jun 5, 2008
Messages
11,492
Reaction score
61
Points
120
ooo...lelaki gi genting ke?

p/s: orang china datang mesia gi genting....orang mesia pegi china (macao)
 

kalau

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Mar 4, 2008
Messages
48,563
Reaction score
127
Points
123
best ka rupa casino s'pore tu?

genting punya aku lom pena nengok lagi.....
 

mick2030

Active Member
Joined
Sep 21, 2008
Messages
1,607
Reaction score
14
Points
25
Atas alasan nak elak pengaliran duit keluar ke singapore, x mustahil nanti akan adanya casino kat jb yg hebat menandingi casino di singapork.
 

anakmalaya

Active+ Member
Joined
Oct 1, 2009
Messages
3,632
Reaction score
47
Points
30
Atas alasan nak elak pengaliran duit keluar ke singapore, x mustahil nanti akan adanya casino kat jb yg hebat menandingi casino di singapork.

nk risau ape lak pasal pengaliran duit keluar sbb kasino tu kan malaysia punye gak... da trade dgn tanah KTM..
 

fzlik

Super Active Member
Joined
Jun 7, 2010
Messages
8,199
Reaction score
856
Points
111
Atas alasan nak elak pengaliran duit keluar ke singapore, x mustahil nanti akan adanya casino kat jb yg hebat menandingi casino di singapork.

aku setuju... aku ada member cina. waktu casino singapore dlm pembinaan, member aku cakap malaysia kene buat casino kat jb utk elakkan duit keluar. ternyata betul2 keluar .....
 

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
155,560
Reaction score
21,293
Points
1,671
apsal berjudi bile dh tau rugi?
 

arul57

Super Active Member
Joined
Jul 21, 2008
Messages
6,186
Reaction score
76
Points
80
lantak korang la perabis duit kat sna. jgn kena kejar ahlong sudahlah.
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register