BTC USD 66,154.5 Gold USD 1,785.08
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Wanita ditoreh penarik kereta

BasicCX

Super Active Member
Joined
Sep 8, 2008
Messages
6,223
Reaction score
172
Points
73
Ditoreh penarik kereta

SUNGAI PETANI: Seorang wanita mengalami detik ngeri apabila terpaksa bergelut dengan beberapa lelaki yang juga penarik kereta yang menceroboh kawasan rumahnya di Taman Petani Jaya, di sini, Sabtu lalu untuk merampas kereta miliknya.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari itu, Norlieza Mohd Isa, 24, cedera di lengan kiri akibat ditoreh dengan pisau serta cedera di beberapa bahagian badan akibat dipukul kumpulan lelaki terbabit.


Menceritakan semula kejadian itu, Norlieza berkata, ketika kejadian dia berseorangan di rumah sewanya manakala rakannya keluar sebelum melihat dua kereta dinaiki enam lelaki berhenti di depan rumah.

“Empat daripada mereka kemudian bertindak membuka pintu pagar yang tidak berkunci sebelum menceroboh ke kawasan rumah serta membuka pintu kereta Proton Wiranya dengan mengumpil menggunakan peralatan tajam.


“Saya cuba menghalang mereka daripada merosakkan kereta sebelum seorang meminta kunci kereta. “Saya enggan memberinya kerana mereka tidak menunjukkan notis penarikan kereta daripada bank,” katanya ketika ditemui, di sini, semalam.


Menurutnya, kumpulan lelaki terbabit turut bertindak kurang ajar apabila menyatakan mahu merampas kereta itu untuk kegunaan mereka dan mahu menjual peralatan kereta itu bagi mendapatkan wang. Malah, mereka turut mencabarnya menghubungi polis apabila dia cuba menghalang perbuatan itu.

Katanya, cubaannya untuk menghalang menyebabkan berlaku pergelutan hingga dia dipukul dan dicederakan sebelum ditolak hingga terjatuh.


“Saya bernasib baik apabila teman serumah tiba-tiba pulang dan segera menghubungi polis menyebabkan kumpulan lelaki itu beredar dan tidak sempat merampas kereta saya,” katanya yang membuat laporan di Balai Polis Sungai Petani.

Menurutnya, dia menghubungi bank berkenaan dan mereka mengakui mengeluarkan notis berkenaan tetapi tidak mengarahkan kumpulan lelaki itu merampas kereta berkenaan dan memintanya membuat laporan polis.


Katanya, kejadian itu kali kedua berlaku apabila kumpulan sama menahannya di Jalan Ibrahim, di sini, pada 9 November lalu.


“Kereta saya tiba-tiba dihalang Proton Waja dinaiki dua lelaki sebelum seorang daripada mereka masuk ke dalam kereta dan mengugut menyerahkan wang jika tidak mahu kereta dirampas. Saya yang ketakutan memberikannya RM100 sebelum mereka beredar.


“Bagaimanapun, setengah jam kemudian ketika di kawasan Kampung Penghulu Him, di sini, dua lagi lelaki dipercayai rakan mereka menghalang kereta saya dan meminta RM2,000. Norlieza berkata, dia yang ketakutan memberikan RM1,500 sebelum baki RM500 diberikan malamnya.


Jurucakap polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda, ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan membuka kertas siasatan.


-- H.Metro
 
Sponsored Post

atlantis

CG Top Poster Club
Paid Membership
Joined
Feb 3, 2008
Messages
35,221
Reaction score
767
Points
161
Menurutnya, dia menghubungi bank berkenaan dan mereka mengakui mengeluarkan notis berkenaan tetapi tidak mengarahkan kumpulan lelaki itu merampas kereta berkenaan dan memintanya membuat laporan polis.

dah tak mampu tu serah je la. adehh....
 

-pojie-

Well-Known, Member, XM Official, Representative
Joined
Oct 29, 2008
Messages
20,951
Reaction score
50
Points
120
semakin kurg ajar penarik kete skrg nie..
mana ada law sesuka ati panarik kete nk amik kete dlm kwsn umah yg berpagar tnpa kebenaran pemiliknye..
dh jd 1 kesalahan sbb menceroboh..
 

silvermaddness

Legendary Member
Joined
Oct 6, 2007
Messages
11,541
Reaction score
72
Points
130
hum...bangsat je sapa buat keja camni....nak tarik pn tunggu la kat luar kawasan rumah...huhu
 

aznor59

Active+ Member
Joined
Jul 9, 2009
Messages
2,668
Reaction score
23
Points
25
mampu bayar kat penarik keter...yang tak pergi bayar loan keter tu naper..
 

zerovirus

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Joined
Jan 25, 2009
Messages
182,199
Reaction score
94
Points
1,020
kerek giler penarik keta ni
 

S.Y.E.D

Banned
Joined
Jun 6, 2008
Messages
18,685
Reaction score
588
Points
161
hahaha ini kerja penarik kereta indiea laa... jiran aku dah kena ritu.. aku siap ambik gambar pernarik kerata tu umpil pintu pakai batang besi.. skng gambar xder dalam hardsk kt umah ni ada kt lappy lain.. cara kerja mamat india ni mmg unprofesional langsung.. ade kepatot panggil la tuan rumah dulu.. bg surat dari bank tu kepada tuan kerata tu. ni tak terus main belasah je kereta tu.. mmg machaa betul la
 

zuljaalaa

Legendary Member
Joined
Jun 3, 2006
Messages
11,897
Reaction score
56
Points
125
aku rasa penarik kereta ni takkan bertindak macam ni kalau pompuan tu tak berkeras.. dah sampai 2 kali nak tarik tak leh..
hmm dah tak bayar tu buat la cara tak bayar.. awat hang ketegaq sangat
 

-pojie-

Well-Known, Member, XM Official, Representative
Joined
Oct 29, 2008
Messages
20,951
Reaction score
50
Points
120
hahaha ini kerja penarik kereta indiea laa... jiran aku dah kena ritu.. aku siap ambik gambar pernarik kerata tu umpil pintu pakai batang besi.. skng gambar xder dalam hardsk kt umah ni ada kt lappy lain.. cara kerja mamat india ni mmg unprofesional langsung.. ade kepatot panggil la tuan rumah dulu.. bg surat dari bank tu kepada tuan kerata tu. ni tak terus main belasah je kereta tu.. mmg machaa betul la

aku dh agak dh..
msti keje si paria nie..
:mad::mad:
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register