Wanita ditemui lemas di Sungai Pahang

CG Sponsors




CL's

Legendary Member
Platinum Member
Joined
Apr 28, 2009
Messages
14,094
Reaction score
246
Points
128
TEMERLOH: Seorang wanita ditemui mati lemas di Sungai Pahang dekat Kampung Tanjung Batu di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Temerloh, ACP Ahmad Fadilah Mohamad, berkata mayat wanita berusia 60-an itu ditemui tersangkut pada sebatang pokok buluh di sungai berkenaan pada 8.20 pagi oleh orang awam.

Beliau berkata, wanita yang belum dikenalpasti identitinya itu dipercayai meninggal dunia sejak empat hari lalu.

"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh untuk bedah siasat," katanya.

Sehubungan itu, Ahmad Fadilah meminta orang ramai yang kehilangan anggota keluarga supaya menghubungi polis bagi membantu siasatan. - Bernama
 
Top
Log in Register