BTC USD 62,458.1 Gold USD 2,381.26
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Wanita dilarikan ke Golok sudah selamat ditemui

Wani,,,sedap juga.
Dia ada bf tak kat sekolah tu
Atau kat sekolah luar
Awek cun" ni biasanya dah ada steady bf
ada dgr org kata budak form 5..x pernah nampak lg la dia berdua dgn laki.ramai nk try...x dpt..x tau la dh brp org anak dia sekarang.
 
Sponsored Post

Polis Kenalpasti 2 Hingga 3 Lagi Suspek

04.10.2022 - Kuala Lumpur, Polis sedang mengenal pasti dua hingga tiga orang lagi yang dipercayai terlibat dalam penculikan ejen jualan produk kosmetik, Rosnazirah Mohd Naim oleh sekumpulan lelaki di rumahnya di Tumpat, Kelantan pada 13 Sept lepas. Ketua Polis Negara, Acryl Sani Abdullah Sani, berkata suspek yang dikenal pasti itu dipercayai warga tempatan, namun pihaknya memerlukan masa untuk mengumpul dan berkongsi maklumat dengan pihak berkuasa di Thailand.

“Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih menjalankan siasatan dan memeriksa segala keterangan yang ada untuk mengetahui duduk sebenar kes itu dan memohon media bersabar serta memberi sedikit masa lagi supaya kita betul-betul dapat establish (memastikan) motif sebenar di sebalik kejadian melarikan mangsa ini,” katanya kepada wartawan.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas lawatan kerja ke Pulau Pinang Sempena Sambutan Peringatan Hari Polis Marin Ke-75 di Pangkalan Polis Marin Batu Uban. Turut hadir Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Hazani Ghazali. Dalam kejadian 13 Sept lepas, mangsa diculik oleh beberapa lelaki dari rumahnya di Kampung Semat Jal, Tumpat pada 5.10 petang dan disyaki dilarikan ke negara jiran melalui pangkalan haram di Kuala Jambu, Tumpat ekoran penemuan kereta yang digunakan suspek.

Acryl Sani dalam kenyataan sebelum ini berkata mangsa diselamatkan melalui kerjasama dan perkongsian maklumat dan perisikan antara PDRM dengan Polis Diraja Thailand yang berjaya mengesan lokasi keberadaan mangsa di negara itu. Menjawab soalan sama ada PDRM akan memohon supaya suspek kes berkenaan yang ditahan di negara jiran akan diekstradisi, Acryl Sani berkata proses itu akan dibuat menerusi saluran undang-undang.

Sementara itu, ditanya mengenai situasi kes penculikan kanak-kanak dan penjualan organ yang disensasikan dalam media sosial, Acryl Sani berkata siasatan polis mendapati kebanyakan kes berkenaan adalah palsu. Beliau berkata berdasarkan siasatan dan maklumat lanjut, pihaknya mendapati kes terbabit tidak benar, tidak berasas dan sengaja diada-adakan serta disebarkan oleh pihak tertentu bagi tujuan yang tidak dapat dipastikan.

“Melainkan kes penculikan di Genting Highlands (Pahang), saya tidak boleh komen kerana sedang melalui proses perbicaraan, jadi biar mahkamah tentukan motif sebenar di sebalik kejadian itu,” katanya.

Bagaimanapun, beliau melihat penyebaran kes sebegitu secara tidak langsung meningkatkan kesedaran ibu bapa dan masyarakat terhadap keselamatan kanak-kanak, namun meminta agar masyarakat tidak menyebarluaskan berita yang tidak benar sehingga mendatangkan kegusaran orang ramai.

Berita asal https://www.freemalaysiatoday.com/c...tik-polis-kenal-pasti-2-hingga-3-lagi-suspek/
 
pasni ingtlah lah cik kak.. ramai mana anak muda yg rosak atas tindakan husband akak jual pil kuda...
allah bagi ingatan dan bagi lagi peluang begini baik... utk perbetulkan apa yg telah dibuat.

Tak perlu bersubahat lagi dah patutnya
 
Buat korang yg rindu
lol

Rosnazirah, 36, yang diculik sekumpulan lelaki pada 13 September lalu berjaya dibawa pulang ke negara ini pada Khamis lalu sebelum diserahkan kepada keluarga, petang semalam. - Foto NSTP
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register