BTC USD 17,250.8 Gold USD 1,789.16
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Wanita dilarikan ke Golok sudah selamat ditemui

Sponsored Post

rinoa99

Legendary Member
gem
Messages
19,485
Joined
Jun 5, 2022
Messages
19,485
Reaction score
2,584
Points
251
Awards
1

Polis teruskan siasatan walaupun Azie selamat​

UTU_KLT_Rosnazirah-LEAD.jpg




KOTA BHARU: Polis akan tetap menjalankan siasatan bagi memantau perkembangan kes culik ejen kosmetik, Rosnazirah Mohd. Naim atau Azie, 36, meskipun wanita berkenaan sudah selamat dan berada dalam jagaan keluarganya.

Ketua Polis negeri Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, walaupun usaha menyelamatkan Azie sudah selesai, namun, masih ada kes lain yang boleh disiasat berhubung penculikan wanita berkenaan.


Menurutnya, buat masa ini, pihaknya akan membiarkan mangsa bersama keluarganya terlebih dahulu.

“Kita tidak bercadang untuk meletakkan anggota polis untuk mengawal mangsa dan segala keputusan selepas ini bergantung keadaan semasa.

“Untuk makluman, empat daripada tujuh suspek dalam kes itu masih ditahan dan kes disiasat mengikut Seksyen 3(1) Akta Culik 1961,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menyerahkan Azie kepada keluarganya di rumah mentua di Jalan Kelochor di sini semalam.

Muhamad Zaki memberitahu, wanita itu kini berada dalam keadaan baik, namun, mengalami tekanan emosi kerana dibawa lari dalam tempoh yang lama.

“Apa yang penting ketika ini adalah keselamatan mangsa dan kita berjaya membawa pulang wanita itu ke pangkuan keluarganya.

“Polis sudah berusaha keras untuk membawa mangsa pulang. Keselamatan wanita itu merupakan aspek penting buat masa ini apabila dia sudah berada di pangkuan keluarganya, ujarnya.
 

rinoa99

Legendary Member
gem
Messages
19,485
Joined
Jun 5, 2022
Messages
19,485
Reaction score
2,584
Points
251
Awards
1
muka serupa awek aku suka kt sekolah dulu tp dia x pandang pon aku..haha..nama dia Mawarni.

Unik nama dia
Panggil dia Mawar.
Ataupun Arni.
Wawa pun boleh
 

rinoa99

Legendary Member
gem
Messages
19,485
Joined
Jun 5, 2022
Messages
19,485
Reaction score
2,584
Points
251
Awards
1
panggil wani...x toleh pon..barbee btoi..haha

Wani,,,sedap juga.
Dia ada bf tak kat sekolah tu
Atau kat sekolah luar
Awek cun" ni biasanya dah ada steady bf
 

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
388,706
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
388,706
Reaction score
25,676
Points
2,836
Awards
1
kena mark je la dgn polis lepas ni ..

Setakat kena mark ni saya rasa ramai dah ni dalam senarai polis
Cuma tunggu masa kantoi je tu
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gem
Messages
39,287
Top Poster #6
Joined
Nov 23, 2012
Messages
39,287
Reaction score
4,935
Points
296
Awards
1
Saya 'Di Sorok' Dalam Inap Desa Di Laos - Azi

04.10.2022 - Kuala Lumpur, "Setiap hari ketika dalam tahanan saya berdoa agar segera dikembalikan kepada keluarga dan Alhamdulillah, doa saya dimakbulkan," kata Rosnazirah Mohd Naim. Rosnazirah, 36, yang diculik sekumpulan lelaki pada 13 September lalu berjaya dibawa pulang ke negara ini pada Khamis lalu sebelum diserahkan kepada keluarga, petang semalam. Ejen jualan kosmetik itu berkata, dia tidak mengingati secara jelas kronologi penculikannya, namun tahu ditempatkan di sebuah rumah seakan inap desa di sebuah perkampungan di Laos selepas menempuh perjalanan panjang dari Sungai Golok di Pengkalan Kubor, Tumpat.

"Ketika tiba di tebing Sungai Golok pada hari kejadian (diculik) untuk menaiki bot, ada beberapa saksi di sekitar tapi mungkin mereka tidak tahu apa sebenarnya berlaku atau tidak ingin masuk campur kerana takut. Sebaik menyeberangi Sungai Golok, saya dibawa menaiki kereta dan terus menuju ke destinasi yang tidak diketahui, tapi menempuh perjalanan yang lama sehinggalah tiba di sebuah rumah di Laos. Sepanjang ditahan, setiap hari saya menangis dan bertanya bila akan dikembalikan kerana saya difahamkan mereka tidak meminta wang tebusan, malah tidak tahu apa motifnya," katanya.

Rosnazirah berkata demikian ketika menerima kunjungan Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Che Abdullah Mat Nawi untuk bertanya khabar wanita itu, hari ini. Menurutnya, sepanjang perjalanan dari Thailand untuk memasuki Laos, mereka menempuh banyak sekatan jalan raya dan hatinya berdoa agar ditahan di mana-mana lokasi tetapi tidak berlaku sehinggalah mereka tiba di destinasi.

Sepanjang ditahan, Rosnazirah berkata, dia menerima layanan baik daripada kumpulan individu yang menculiknya termasuk menjaga makan minumnya, namun dalam masa yang sama berasa bimbang jika diapa-apakan.

"Dalam hati, saya ada juga ingin menjerit meminta tolong, tapi mengenangkan ia mungkin sia-sia kerana kawasan sekitar adalah sawah padi dan tiada yang faham, saya hanya mampu berdoa sahaja," katanya.

Ibu kepada seorang cahaya mata itu berkata, setiap kali ditanya bila akan dihantar pulang, lelaki itu memberi jaminan akan berbuat demikian sambil memintanya bersabar selain memberi tempoh antara tiga minggu hingga sebulan kerana keadaan masih 'panas' disebabkan berita mengenai penculikannya tersebar luas. Sehinggalah pada satu hari, seorang daripada penculik itu memberitahunya 'you back home' dan Rosnazirah bertanya 'when?' sebelum dijawab 'today' oleh lelaki berkenaan.

"Kami menaiki kereta menuju ke Bangkok dan ditahan oleh pihak imigresen (Thailand) sebelum anggotanya perasan wajah saya yang tersebar berhubung kes penculikan menyebabkan kami semua ditahan dan saya dibawa ke depot tahanan imigresen. Tidak lama kemudian saya dibawa ke Kedutaan Malaysia di Thailand dan selepas itu saya dapat berhubung dengan keluarga dan proses membawa pulang ke negara ini segera dibuat," katanya.

Dalam masa yang sama, wanita itu mengakui masih berasa trauma dan meminta diberi masa secukupnya untuk bertenang sebelum dapat memberi penjelasan penuh mengenai kejadian pahit yang dialaminya itu.​

1664865313091.png
 

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
165,139
Joined
Jan 13, 2009
Messages
165,139
Reaction score
22,627
Points
1,831
Awards
1
Simple je cerita nya. Tiba2 kena tahan je. Balik dah

 
Sponsored Post

Top
Log in Register