BTC USD 28,620.2 Gold USD 1,969.64
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Wanita dicerai talak 1 selepas dibelasah suami sebab tegur buka lampu.

strom

Legendary Member
gem
Messages
17,846
Joined
Jul 18, 2011
Messages
17,846
Reaction score
4,717
Points
191
Kuala Lumpur: Tindakan menegur suami yang membuka lampu bilik tidur menyebabkan seorang wanita ditendang sebelum diceraikan dengan talak satu.

Dalam kejadian jam 10.30 malam kelmarin, mangsa yang berusia 38 tahun dibelasah suaminya di rumah mereka di Jalan Sungai Besi di sini.

Sumber polis berkata, mangsa pada mulanya berselisih faham dengan suami sebaik dia pulang dari kerja berikutan lelaki itu meminta wang darinya untuk keluar bersama rakan.

Menurutnya, suami mangsa yang tidak mempunyai pekerjaan menggesa mangsa menyerahkan wang, namun permintaan itu tidak diendahkan.

“Ibu kepada tiga anak itu masuk ke bilik untuk menidurkan bayi mereka berusia sembilan bulan.

“Tanpa disangka suspek turut mengekori mangsa masuk ke dalam bilik sebelum membuka lampu bilik hingga menyebabkan anak mangsa terjaga dari tidur,” katanya.

Menurutnya, mangsa meminta suaminya memadamkan lampu bilik semula kerana mahu menidurkan bayi mereka semula.

“Bagaimanapun lelaki itu menjadi berang sebelum menendang mangsa beberapa kali di muka dan badan.

“Kejadian itu turut menakutkan dua lagi anak mangsa menyebabkan mereka menangis. Lelaki itu turut memukul anak mereka sebelum melafazkan cerai talak satu,” katanya.

Menurutnya, suspek meninggalkan rumah dengan membawa beg berisi pakaiannya,

“Suspek sebelum itu sempat mengugut mahu membunuh mangsa dan anak sekiranya kejadian itu dilaporkan kepada pihak polis.

“Bimbang keselamatan diri, mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Sungai Besi di sini, untuk tindakan lanjut,” katanya.

http://www.hmetro.com.my/node/4044
 
Sponsored Post

luqalief

Super Active Member
Messages
6,277
Joined
Feb 8, 2011
Messages
6,277
Reaction score
31
Points
70
tapi yang tu dulu yang ang nak sangat sangat..

Time bercinte memang semue nampak indah
Kebaikan je yg terserlah
Bile dah kawen, baru la tunjuk belang dan perangi sebenar
Perkare biase la tu bro
Time kapel nak kentut pon tk berani
Dah kawen, naik kaki tangan semue dah tak kisah
 
Sponsored Post

Top
Log in Register